Sidang akhbar Azmin umum bercuti disahkan palsu - Pegawai Kementerian
Firdaus Azil
Jun 12, 2019 13:41 MYT
Jun 12, 2019 13:41 MYT
Satu mesej tular yang menyatakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin akan mengadakan sidang akhbar petang ini, disahkan palsu.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pegawai Kementerian Hal Ehwal Ekonomi kepada Astro AWANI.
Kenyataan palsu itu menyebut Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR akan mengadakan satu sidang akhbar pada pukul 4.45 petang ini di sebuah hotel berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Selain itu, ia turut menyebut menteri itu akan terus berlepas ke luar negara sejurus selesai mengadakan sidang media berkenaan.