Siasatan menyeluruh cari punca kematian

Astro Awani
Januari 26, 2013 05:12 MYT
Polis akan bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi membantu siasatan kes kematian William Yau Zheng Zhong.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli memberitahu, pihaknya juga akan meminta bantuan penduduk setempat bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Jelasnya, siasatan menyeluruh dilakukan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa.
#William Yau