Siasatan lengkap, pemandu lori dibebaskan dengan jaminan polis

Bernama
Jun 20, 2021 20:12 MYT
Noor Aishah yang berseorangan, maut di tempat kejadian selepas kereta dipandunya dirempuh sebelum terperosok di bawah lori yang terbabas. - Foto fail/ Bomba
IPOH: Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan ngeri yang menyebabkan seorang pemandu wanita maut di Jalan Chemor-Jelapang, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata sehubungan itu, pemandu lori yang terbabit dalam nahas itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad.
Polis telah selesai mengambil keterangan lelaki berusia 44 tahun itu dan kertas siasatan sudah dilengkapkan, katanya ketika dihubungi.
BACA: Wanita maut, kereta dirempuh lori
Dalam kemalangan kira-kira 10.30 pagi berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Jelapang itu, Noor Aishah Mohd Tahir, 26, yang berseorangan, maut di tempat kejadian selepas kereta dipandunya dirempuh sebelum terperosok di bawah lori yang terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.
-- BERNAMA
#kemalangan #Lori #wanita maut #Jalan Ipoh #lumut #pemandu lori #ditahan #dibebas