Siasatan kes kematian Zurfarhan hampir selesai - KPN Khalid

Shafiq Noordin
Jun 11, 2017 08:13 MYT
Siasatan kes kematian penuntut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang dipercayai didera, hampir siap. -Gambar fail
Siasatan kes kematian penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang dipercayai didera hampir siap.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan kertas siasatan lengkap akan dibentangkan kepada peguam negara.
“Pihak kami masih lagi menjalankan siasatan, jadi tunggulah sehingga kami selesai dan bentangkan kes kepada peguam negara tidak lama lagi,” kata Khalid.
Zulfarhan Osman, pegawai kadet laut tahun tiga di UPNM meninggal dunia 1 Jun lalu selepas dipercayai didera rakan termasuk dengan menggunakan seterika wap.
Susulan kejadian, polis menahan 36 pelajar bagi membantu siasatan.
#buli #Ketua Polis Negara #Khalid Abu Bakar #Peguam Negara #siasatan #UPNM #Zulfarhan
;