GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berhenti menjalankan siasatan terhadap kes kehilangan wanita warga Australia, Anna Jenkins, empat tahun lepas malah penyiasatan dibuat secara menyeluruh mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan terperinci dilakukan termasuk mendapatkan maklumat atau perkembangan kes daripada saksi, ahli keluarga Jenkins dan individu yang mempunyai maklumat mengenainya.
"Menjelaskan kedudukan kes warga Australia (Jenkins) yang kembali ditimbulkan oleh seorang Ahli Majlis Perundangan Parlimen di Australia dengan mahu menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai perkembangan kes tersebut tidak disiasat lengkap oleh PDRM, jadi hari ini saya tampil menjelaskan bahawa siasatan kes itu dijalankan sejak wanita itu hilang pada 2017.
"Pelbagai cara siasatan dijalankan dengan teliti bagi mengumpulkan maklumat termasuk merekodkan keterangan 15 saksi sehinggalah pada Jun tahun lepas kami mendapat perkembangan baharu berhubung penemuan sejumlah tulang di sebuah kawasan hutan berhampiran Jalan Batu Gantung, di sini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas laporan beberapa portal berita mengenai seorang nenek dari Adelaide, Australia yang hilang di Pulau Pinang pada 2017 dan mayatnya dijumpai tiga tahun kemudian akan menjadi subjek usul untuk dibahaskan di Parlimen Australia Selatan semalam.
Frank Pangallo, seorang Ahli Majlis Perundangan Parlimen Australia Selatan dilaporkan akan menggerakkan usul untuk menggesa kerajaan Australia menyiasat dakwaan bahawa polis Malaysia mungkin telah menjalankan penyiasatan yang tidak betul terhadap kehilangan dan kematian Jenkins, 65.
Mohd Shuhaily berkata sehingga hari ini, polis tidak menerima sebarang permohonan secara rasmi daripada Kedutaan Australia berkenaan kes tersebut dan pihaknya bersedia membantu serta memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak malah ahli keluarga Jenkins juga sentiasa dimaklumkan perkembangan kes itu iaitu dari hari pertama wanita itu dilapor hilang.
"Tahun lepas, kami ada menerima kehadiran pasukan polis Australia bagi melihat perkembangan siasatan kes ini dan mereka berpuas hati dengan siasatan kami malah keluarga mangsa (Jenkins) juga hadir termasuk anaknya datang ke sini (Pulau Pinang) bagi membuat padanan asid deoksiribonukleik (DNA) dengan tulang yang dijumpai tersebut," katanya.
Pada 11 Ogos tahun lepas, ujian DNA ke atas tulang pinggul yang ditemukan di kawasan semak berhampiran Jalan Batu Gantung itu didapati sepadan dengan DNA Jenkins.
Pada 13 Disember 2017, Jenkins, dilaporkan dikatakan meninggalkan bilik hotelnya untuk ke klinik gigi di Pulau Tikus dan meminta pekerja hotel memesan perkhidmatan e-hailing bagi membawanya ke sebuah rumah kebajikan di Batu Lancang selepas selesai rawatan.
Wanita itu kemudian meminta pemandu menurunkannya berdekatan lampu isyarat di Jalan Scotland dan demi keselamatan, pemandu menurunkannya berhampiran sebuah sekolah.
Jenkins dilaporkan hilang sejak itu dan laporan kehilangannya dibuat oleh suaminya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 29 2021
![Siasatan kehilangan Anna Jenkins dilakukan menyeluruh - Polis Siasatan kehilangan Anna Jenkins dilakukan menyeluruh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635504957_AnnaJenkins.jpg)
Pada 11 Ogos tahun lepas, ujian DNA ke atas tulang pinggul yang ditemukan di kawasan semak berhampiran Jalan Batu Gantung itu didapati sepadan dengan DNA Jenkins. - Gambar fail
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Polis tunggu tarikh inkues kematian wanita warga Australia Polis tunggu tarikh inkues kematian wanita warga Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635547000_PolisPulauPinang.jpg)
Polis tunggu tarikh inkues kematian wanita warga Australia
Kertas siasatan kes berkenaan telahpun diserahkan kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) untuk tindakan selanjutnya.
![Penemuan Anna Jenkins: Identiti pekerja kontrak dirahsiakan untuk keselamatan Penemuan Anna Jenkins: Identiti pekerja kontrak dirahsiakan untuk keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51597850739_AnnaJenkins.jpg)
Penemuan Anna Jenkins: Identiti pekerja kontrak dirahsiakan untuk keselamatan
Identiti pekerja kontrak yang menjumpai cebisan tulang Anna Jenkins, wanita Australia yang hilang di negeri ini tiga tahun lepas, dirahsiakan bagi melindungi lelaki itu.
![Penemuan tulang manusia, longgokan pakaian dipercayai ada kaitan kehilangan Anna Jenkins Penemuan tulang manusia, longgokan pakaian dipercayai ada kaitan kehilangan Anna Jenkins](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81590458940_PDRM.jpg)
Penemuan tulang manusia, longgokan pakaian dipercayai ada kaitan kehilangan Anna Jenkins
Penemuan tulang manusia dan longgokan pakaian di kawasan hutan dipercayai mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan seorang warga Australia.