Siasatan ke atas AKSB lebih 70 peratus selesai - SPRM
Muhafandi Muhamad
Julai 24, 2021 15:19 MYT
Julai 24, 2021 15:19 MYT
KOTA BHARU: Siasatan ke atas Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) sudah lebih 70 peratus selesai.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), setakat ini sudah lebih lima individu dipanggil untuk membantu siasatan dan dirakamkan percakapan membabitkan kakitangan AKSB, ahli lembaga pengarah dan juga kontraktor.
"Kes masih dalam siasatan dan beberapa orang individu lagi akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan," katanya melalui pesanan ringkas.
Sebelum ini bekas pengurus AKSB, direman selama tujuh hari manakala tiga lagi individu turut direman selama tiga hari.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan, tiada exco kerajaan negeri dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes yang disiasat SPRM.
Katanya, kes yang disiasat SPRM membabitkan beberapa individu yang terlibat dalam pengurusan AKSB dan bukannya membabitkan exco atau kerajaan negeri.
SPRM dikatakan menjalankan siasatan berkaitan projek bernilai lebih RM27 juta membabitkan tender dan kerja kerja berkaitan syarikat air berkenaan.
#AKSB
#Air Kelantan Sendirian Berhad
#SPRM
#siasatan
#rean
#Kontraktor
#kakitangan
#Lembaga Pengarah
#Mohd Amar Nik Abdullah
#kerajaan negeri