Siasatan ke atas ajaran 'agama Melayu' kini di peringkat akhir - Ahmad Marzuk

Muhafandi Muhamad
Februari 1, 2021 16:22 MYT
AHMAD MARZUK: Siasatan itu akan panjangkan kepada Muzakarah Hal Ehwal Islam sama ada kandungan ajaran itu benar atau bercanggah.- Gambar hiasan
TUMPAT: Siasatan terhadap ajaran ‘agama Melayu’ yang dipercayai menyeleweng kini diperingkat akhir.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata siasatan berkenaan dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana kes berkenaan berlaku dalam negeri Selangor.
“(Siasatan) hampir selesai dalam masa terdekat ini. Kita akan buat pengumuman. Ada laporan (diterima) bukan sahaja mengenai hal ini, malah sebelum ini mengenai (pendekatan ajaran) Prof Dr Wan Maseri Wan Ahmad.
“Kita akan panjangkan kepada Muzakarah Hal Ehwal Islam sama ada kandungan ajaran itu benar atau bercanggah,” ujar beliau.
BACA: JAIM siasat ritual ajaran sesat di Pulau Besar
Beliau berkata demikian sebagai mengulas status siasatan ajaran yang dilabelkan ‘agama Melayu’ kononnya dibawakan oleh seorang wanita.
Katanya, sekiranya siasatan berkenaan mendapati wujud unsur penyelewengan dan terpesong, tindakan pendakwaan akan dilakukan oleh JAIS.
Beliau berkata, orang ramai tidak wajar menghukum berdasarkan video yang tular, sebelum siasatan ke atas ajaran berkenaan selesai.
#Ahmad Marzuk Shaary #Agama Melayu #ajaran sesat #ajaran menyeleweng #Jabatan Agama Islam Selangor #JAIS #Muzakarah
;