Siasatan himpunan 12 Jan siap minggu depan

Astro Awani
Januari 21, 2013 07:34 MYT
Kertas siasatan berhubung pelanggaran tiga daripada 27 syarat himpunan 12 Januari di Stadium Merdeka dijangka siap minggu depan.
Masa sekarang, polis sedang mengambil keterangan pihak terlibat bagi melengkapkan kertas siasatan.
Polis telah mengambil keterangan penganjur himpunan yang juga Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu pada Ahad.
Tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun, membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan.
Serta peserta perhimpunan melebihi 30,000 orang.
Bagaimanapun buat masa ini polis tidak mengambil keterangan daripada peserta yang membawa kanak-kanak.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis melihat perkara itu dari sudut tanggungjawab penganjur berkaitan syarat yang telah dipersetujui.
#Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin #himpunan kebangkitan rakyat #HKR122 #Mohamad Sabu #PDRM
;