Siasatan dana RM300 juta: Muhyiddin sudah beri keterangan pada SPRM

Astro Awani
Februari 17, 2023 16:07 MYT
Presiden Bersatu itu dipanggil dipercayai bagi memberi keterangan berhubung siasatan wang RM300 juta disyaki diterima parti itu daripada dana dibawah Pakej Ransangan Ekonomi COVID-19. - Gambar fail Astro AWANI/ShahirOmar
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan membabitkan dana RM300 juta yang didakwa diterima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Mengesahkan perkara itu, sumber Astro AWANI berkata, Presiden Bersatu itu dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri dipercayai dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan wang RM300 juta disyaki diterima parti itu daripada dana dibawah Pakej Ransangan Ekonomi COVID-19.
Difahamkan kertas siasatan itu pada peringkat fasa terakhir untuk dilengkapkan SPRM sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan membekukan dua akaun Bersatu.
Menurutnya, pembekuan akaun itu bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan berhubung salah laku yang didakwa dilakukan pemimpin parti tersebut, dipercayai melibatkan lebih RM300 juta.
Malah beliau turut memberi jaminan isu siasatan terhadap parti itu akan dijalankan dengan telus dan profesional tanpa menyebelahi mana-mana pihak.
#Bersatu #siasatan #SPRM #Tan Sri Muhyiddin Yassin
;