Siasatan dana RM15 juta: Pengerusi bank bergelar 'Tan Sri' bebas tahanan reman
Astro Awani
September 5, 2016 11:52 MYT
September 5, 2016 11:52 MYT
Pengerusi sebuah bank tempatan bergelar 'Tan Sri' dibebaskan daripada tahanan reman berkaitan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau ditahan minggu lalu bagi siasatan kes rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melibatkan dana RM15 juta.
Bekas jeneral itu ditahan di pejabatnya.
SPRM sebelum ini turut membekukan aset Tan Sri berkenaan bernilai hampir RM1 juta.