Siaran azan New Zealand manifestasi sokongan kepada Muslim - Anwar
Astro Awani
Mac 22, 2019 08:55 MYT
Mac 22, 2019 08:55 MYT
SAYA terharu dengan perkembangan hari ini di New Zealand yang menjalankan sesi tafakur selama dua minit dan menyiarkan seruan azan secara langsung di saluran televisyen dan radio nasional negara itu.
Langkah ini harus dipuji dan ia sebagai cerminan manifestasi New Zealand di bawah teraju Perdana Menteri, Jacinda Ardern yang terus teguh menyokong masyarakat Islam.
Komitmen ini sangat penting bukan sahaja kepada New Zealand, tetapi isyarat penting kepada seluruh kepemimpinan masyarakat antarabangsa ke arah memelihara keamanan dan kesentosaan sejagat.
Islam mengajak kita meraikan perbedaan.
Agama Islam dan penganutnya tidak wajar dimusuhi kerana ajaran Islam mengajak semua menghormati antara satu dengan yang lain.
Insiden di New Zealand itu menjadi pengajaran kepada semua untuk terus memelihara kedamaian dan tidak sesekali mendukung kebencian yang memecah belah.
Genap seminggu selepas tragedi hitam kemanusiaan di Christchurch, tiada kata dapat menzahirkan apa yang dirasai ahli keluarga mangsa korban.
Doa dan ingatan saya akan terus bersama ahli keluarga, moga terus cekal menempuh detik ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ahli Parlimen Port Dickson
#Anwar Ibrahim
#Christchurch
#Islam
#Jacinda Ardern
#New Zealand
#New Zealand berkabung
#Perdana Menteri
#serangan pengganas
#Tragedi Solat Jumaat