BANGI: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti tindakan sewajarnya yang perlu ke atas mana-mana guru yang memuat naik rakaman sesi pembelajaran sebagai kandungan di laman sosial termasuk TikTok.
Jelas Menterinya Datuk Radzi Jidin, tindakan itu mungkin boleh mendatangkan kesan negatif terhadap pelajar.
“Ia bukan sahaja melibatkan guru-guru tetapi ia melibatkan murid-murid yang lain. Kadang-kadang ia mungkin menyebabkan murid segan untuk nak menjawab soalan kerana orang tengok dia secara dalam talian dari seluruh pelosok dunia.
“Perkara ini kita sedang perincikan... tentang apakah pendekatan yang paling sesuai dan kita sudah maklumkan kepada guru-guru supaya elakkan berbuat demikian,” jelasnya ketika hadir pada Majlis Pelancaran Generasi Penamat Anti Rokok 18 (GEGAR-18), di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra, di Bangi hari ini.
Malah jelasnya, risiko kesan yang perlu didepani oleh pelajar juga adalah besar kerana isi kandungan video yang dimuat naik itu akan kekal selamanya.
KPM juga katanya akan mengeluarkan makluman perincian kepada semua guru-guru secara rasmi tentang garis panduan isu tersebut.
Sementara itu menyentuh mengenai isu membabitkan tindakan guru-guru yang lebih cenderung memilih untuk bersara lebih awal, Radzi menjelaskan bahawa KPM juga sedang melakukan penelitian terperinci sebelum membuat sebarang tindakan.
Katanya lagi, data semasa menunjukkan bahawa trend bersara awal dalam kalangan guru-guru di negara ini sejak 2017 sehingga sekarang adalah hampir sama.
“Cuma kita sedang perincikan lebih sedikit untuk mengkaji apakah punca-punca trend tersebut. Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan beri penjelasan yang lebih mendalam.
“Jadi ada orang kata ia disebabkan bermula pada waktu COVID-19, ia tidak semestinya betuk kerana trend itu bermula lebih awal sebelum berlakunya Pandemik COVID-19.” Jelasnya lagi.
KPM katanya akan mencari jalan penyelesaian paling sesuai terhadap isu tersebut selepas berpuas hati dengan segala perincian yang diperolehi sedikit masa lagi.
Raja Hisyam Raja Zaid
Mon Apr 25 2022
KPM akan mengeluarkan makluman perincian kepada semua guru-guru secara rasmi tentang garis panduan isu tersebut, kata Radzi. - Astro AWANI
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Perjanjian gencatan senjata Gaza ditangguh
Kumpulan Palestin, Hamas berkata bahawa perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza ditangguhkan akibat syarat baharu yang ditetapkan oleh Israel.
Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi Khamis.
Tsunami 2004: Tragedi hitam yang diingati warga Pulau Pinang
Tarikh 26 Disember 2004 akan sentiasa menjadi ingatan dalam kalangan penduduk Pulau Pinang apabila tsunami yang melanda negeri itu sehingga mengakibatkan jumlah korban yang ramai.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.