'Siapa suruh masak dalam kampus?' - Ahmad Maslan

Wan Syamsul Amly
April 12, 2015 11:34 MYT
AHMAD: 'Siapa suruh masak dalam kampus?' - Gambar fail
Semua pihak diminta berhenti memanipulasi saranan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang meminta pelajar universiti untuk mengamalkan masak sendiri dari makan di luar bagi mengurangkan beban Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Tegas Ahmad, ucapannya selama lebih dua jam 45 minit di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada Sabtu itu dilihat menyentuh isu menyeluruh mengenai GST dan hal masak sendiri hanya tertakluk kepada mereka yang menyewa di luar sahaja.
"Saya berucap dua jam 45 minit, saya sebut macam-macam dan mereka hanya ambil satu ayat sahaja iaitu mengenai masak sendiri.
"Saya tidak kata masak di kampus, saya kata masak sendiri, lebih setengah pelajar tinggal di rumah sewa dan saya sarankan mereka untuk masak sendiri.
"Saranan itu bukan untuk pelajar yang duduk di dalam kampus. Kita juga sudah nasihatkan pengusaha kafe di dalam kampus untuk menjual dengan harga berpatutan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

2 jam 45 minit di UiTM pagi/tgh tadi berdialog & ceramah GST & Isu Semasa. Tkasih MPP yg atur. Tkasih kpd yg hadir. pic.twitter.com/NwR5MVHV17

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) April 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahmad mengulas kritikan pelajar universiti yang berpendapat bahawa saranan Ahmad itu mustahil untuk dilaksanakan apabila undang-undang kampus universiti sendiri tidak membenarkan pelajar-pelajar untuk masak di dalam kampus.
ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Maslan dikritik saran pelajar masak bagi elak beban GST
Di laman Twitter, ada pelajar yang menyifatkan peralatan memasak dan alat pemanas air juga tidak dibenarkan dibawa ke dalam kampus
Dalam pada itu kata Ahmad, contoh yang diberi ialah anaknya pernah belajar di UiTM dan masak adalah ketika menyewa di luar kampus.

(3) UiTM & GST: jika duduk luar kampus sesekali masak, bahan mentah makanan tak kena GST atau pilih kedai yg harga patut & bijak berbelanja!

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) April 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

(2) UiTM & GST: kantin, kafe, kedai makan patut tak naikkan harga sbb bekalan mentah makanan tak kena GST & peniaga boleh claim input tax 6%

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) April 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

(1) UiTM & GST..anak sulong saya belajar di UiTM sblm ke UK. Di UiTM makan di hostel & duduk luar kampus pernah masak sendiri/makan di kedai

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) April 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya sudah jelaskan semuanya, kita galakkan untuk mereka masak kalau sewa di luar dan pengusaha cafe tidak patut naikkan harga kerana bahan mentah tidak dikenakan GST, semuanya sudah jelas," ujarnya.
#Ahmad #GST #kampus #UiTM
;