Pengarah filem kontroversi Tanda Putera Shuhaimi Baba mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak bertanggungjawab yang telah mencuri gambar dari Facebook Tanda Putera dan melakukan fitnah mengenainya.
Beliau berkata individu tersebut telah mendakwa apa yang terdapat dalam gambar itu adalah kesilapan teknikal yang ketara dalam filem itu.
“Ini suatu pembohongan besar yang tidak ada dalam filem. Paling mengecewakan, fitnah ini turut diulang tanpa selidik oleh sebuah stesen TV swasta,” katanya dalam satu kenyataan media.
Berikutan itu, Shuhaimi berkata beliau akan bertemu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan akan mendapatkan pandangan peguam tentang tindakan seterusnya.
Shuhaimi turut menuntut permohonan maaf dari golongan yang membuat fitnah terhadap filem Tanda Putera dan menyatakan ia kononnya adalah ‘filem Umno’.
“Kepada pembenci filem ini yang melabelkannya sebagai filem Umno, mana mungkin pawagam tidak dipenuhi ahli Umno seramai tiga juta orang itu pada empat hari pertama filem ini ditayangkan.
“Sudah tentu pecah panggung dan mencatat pungutan box office berjuta-juta ringgit!
“Mereka sepatutnya memohon maaf kerana fitnah yang melampau tapi kami tidaklah berharap sangat,” katanya.
Shuhaimi juga tidak berpuas hati dengan laporan sesetengah media yang memfokus tentang panggung yang hampir kosong.
“Kami kurang pasti mengapa ini digembar-gemburkan memandangkan kekurangan penonton pada hari kerja adalah sesuatu yang biasa walaupun bagi filem blockbuster Hollywood,” katanya sambil menambah kawannya dan suaminya pernah menonton filem James Bond ‘Skyfall’ semasa hari kerja dan hanya mereka berdua sahaja berada di pawagam.
“Mengapa tiada gembar-gembur atau sebarang laporan tentang panggung yang hampir kosong ini? Apakah motif di sebalik laporan teruk ke atas filem Tanda Putera?”.
Namun demikian, Shuhaimi mengakui prestasi kutipan Tanda Putera pada hujung minggu lalu agak di luar jangkaan.
“Beberapa tweet dan komen di media sosial melaporkan fenomena penonton –penonton di beberapa pawagam memberikan ‘standing ovation’ atau tepukan gemuruh sebaik sahaja filem tamat, walaupun tanpa kehadiran pengarah atau pelakon utama filem ini.
“Yang lebih penting, kami hargai adalah sokongan padu yang kami terima. Permintaan bagi tayangan khas oleh syarikat dan orang persendirian di lokasi pilihan mereka serta tempahan secara berkumpulan yang kian meningkat dijangka berkesan menambah jumlah kutipan,” katanya.
T K Letchumy Tamboo
Wed Sep 04 2013
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
Shuhaimi Baba mungkin heret individu fitnah Tanda Putera ke mahkamah
Shuhaimi Baba mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak bertanggungjawab yang telah mencuri gambar dari Facebook Tanda Putera.
Tanda soal Tanda Putera
Editor meja hiburan, Syazwan Zakariah mengulas filem Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Tanda Putera tidak hormat Tunku, kata Uma dan Joe
Filem Tanda Putera dikatakan tidak menghormati Tunku Abdul Rahman serta jasa Bapa Malaysia itu kepada negara.
Tanda Putera: Antara filem sejarah dan realiti sejarah
Apakah kita boleh belajar sejarah daripada fiksyen? Apakah boleh kita menerima sebuah filem sejarah sebagai realiti sejarah?
Anwar tidak setuju penayangan Tanda Putera disekat
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau tidak bersetuju jika penayangan filem Tanda Putera disekat.
DAP hipokrit konon perjuang kebebasan media dan kebebasan bersuara -- Hishammuddin
Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menghalang tayangan filem 'Tanda Putera' di pawagam di negeri itu membuktikan sikap hipokrit parti itu, kata Hishammuddin Hussein.
Filem kontroversi Tanda Putera ditayangkan 29 Ogos
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kelulusan tayangan sudah dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).