Sharnaaz Ahmad tiba di mahkamah

Sinar Harian
Januari 18, 2023 02:20 MYT
Sharnaaz Ahmad tiba di Mahkamah Majistret di sini pada jam 9.30 pagi Rabu. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pelakon, Sharnaaz Ahmad yang ditangkap kerana didakwa menumbuk dan menendang penghuni yang juga pengawal keselamatan sebuah kondominium di Segambut di sini tiba di Mahkamah Majistret di sini pada jam, 9.30 pagi Rabu.
Pelakon filem 'Juvana' itu sempat mengucapkan selamat pagi kepada wartawan yang berkumpul di lobi mahkamah.
Bapa kepada seorang anak itu hadir di mahkamah dengan memakai baju kemeja biru gelap dan ditemani peguamnya, akan didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
BACA: Pelakon popular didakwa di mahkamah pagi ini
Terdahulu media melaporkan, pelakon berusia 38 tahun itu telah direman tiga hari, selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium di Segambut, di sini, Jun lalu.
Pelakon yang mendiami kondominium sama dilapor menumbuk dan menendang mangsa selepas rakan mangsa hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan itu oleh pengawal keselamatan.
BACA: Sharnaaz Ahmad dakwa pertahankan 'guard' bergaduh dengan pengadu
Ia disusuli pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum pelakon terbabit memukul mangsa. -Sinar Harian
#Mahkamah Majistret #Sharnaaz Ahmad #Seksyen 323 Kanun Keseksaan #tendang pengawal keselamatan