Sharifah Amani, Misha Omar, Erra Fazira sertai kumpulan penyampai berita Komuniti AWANI
Nailah Huda
April 10, 2019 06:00 MYT
April 10, 2019 06:00 MYT
PANDANGAN dan kisah negatif mudah menular dan berleluasa di media sosial dewasa ini.
Justeru adalah amat penting untuk kita mengetengahkan kisah kemanusiaan dan kepentingan nilai-nilai murni dalam membantu menyelesaikan isu-isu masyarakat.
Untuk itu menerusi program terbaharu Komuniti AWANI, kami memberi peluang kepada anda untuk berkongsi kisah-kisah kemanusiaan yang akan kami bawakan ke skrin televisyen.
Sekiranya anda mempunyai cerita yang mencetus inspirasi atau memaparkan nilai-nilai murni, ia berpeluang untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia menerusi program ini.
Apa yang paling menariknya, kisah-kisah ini akan disampaikan oleh artis dan selebriti tersohor tanah air, seperti Sharifah Amani, Misha Omar, Erra Fazira dan Tomok.
Pelakon dan penyanyi terkenal Adibah Noor turut membuat penampilan pertamanya sebagai penyampai berita menerusi program Komuniti AWANI.
Komuniti AWANI bersiaran setiap Isnin pada pukul 8.15 malam.
Kongsikan kisah anda bersama kami menerusi emel ke awanieditors@astro.com.my.
#Adibah Noor
#Alif Satar
#Erra Fazira
#kemanusiaan
#Komuniti Awani
#Masyarakat
#Misha Omar
#Nora Danish
#Sharifah Amani
#Tomok