Shahrir pertikai niat sebenar The Edge tidak serah dokumen 1MDB

Astro Awani
Julai 25, 2015 17:02 MYT
SHAHRIR: The Edge seharusnya merujuk kepada pihak berkuasa apabila mendapat sebarang maklumat yang belum diketahui kesahihannya. - Foto Astro AWANI
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempertikaikan tindakan akhbar The Edge yang tidak menyerahkan dokumen dakwaan penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pihak berwajib.
Shahrir berkata niat sebenar akhbar itu hanya ingin melariskan jualan tanpa memikirkan implikasi terhadap orang awam.
Ahli parlimen Johor Bahru itu menegaskan The Edge seharusnya juga menyerahkan dokumen terbabit kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
"Pada masa sama, kita soal adakah ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan atau (mencetuskan) huru-hara sedang akhirnya pihak berkuasa juga yang akan memainkan peranan (dalam kes ini)?" tanyanya pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Johor Bahru di sini hari ini.
Shahrir mengulas isu pergantungan akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan susulan penyiaran beberapa laporan berkaitan 1MDB.
BACA: The Edge akan ambil tindakan undang-undang
BACA: Permit The Edge digantung kerana penerbitannya ada motif tertentu - Wan Junaidi
BACA: Reaksi Nazir Razak terhadap penggantungan permit The Edge
Beliau turut berpandangan The Edge seharusnya merujuk kepada pihak berkuasa apabila mendapat sebarang maklumat yang belum diketahui kesahihannya.
#1MDB #BNBBC #Kelab Penyokong Barisan Nasional #PAC #shahrir samad #UMNO
;