Shahidan, Rayer saling label-melabel ‘biadab’ di Dewan Rakyat

Ridauddin Daud
November 7, 2023 15:51 MYT
Dewan Rakyat pada Selasa sedikit panas apabila Datuk Seri Shahidan Kassim (PN - Arau) dan RSN Rayer (PH - Jelutung) bertikam lidah, berulang kali mengatakan perkataan ‘biadab’.
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Selasa sedikit panas apabila Datuk Seri Shahidan Kassim (PN - Arau) dan RSN Rayer (PH - Jelutung) bertikam lidah, berulang kali mengatakan perkataan ‘biadab’.
Kekecohan itu tercetus apabila Shahidan membangkitkan isu konflik Palestin dan sekali lagi memetik nama Nga Kor Ming (PH - Teluk Intan).
Situasi itu menyebabkan Rayer dan Howard Lee Chuan How (PH - Ipoh Timor) bangkit, mempersoalkan mengapa perkara sama diulang Shahidan.
“Yang Berhormat, orang yang dah mati sekarang lebih 10,000. Anak-anak lebih 4,000, dekat 5,000 anak-anak yang mati.
“Mari kita menyokong PMX. Jangan buat kerja yang dibuat oleh 12 orang Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sampai hari ini tidak minta maaf termasuk Teluk Intan.
“Masih ada dalam Instagram dia, menuduh bahawa apa yang telah dibuat sekolah adalah perbuatan...
Rayer kemudian mencelah: “Timbalan Speaker, tak perlu diungkit perkara sama. Kelmarin telah dihalau keluar. Jangan biadab!”
“Apa hal nak ulang-ulang. Petua sudah dibuat,” balas Howard Lee.
“Jangan biadab Yang Berhormat,” kata Rayer lagi.
“(Peraturan mesyuarat) 36(6). Perkataan biadab,” celah Shahidan.
“Apa salahnya? Dalam peraturan mesyuarat ada perkataan biadab,” kata Rayer.
“Boleh? Kalau boleh, biadab Jelutong. Awak biadab,” kata Shahidan.
“Kamu yang biadab,” balas Rayer lagi dan beberapa Ahli Parlimen walaupun selepas mikrofon kedua-dua Ahli Parlimen itu sudah ditutup.
#Shahidan Kassim #Nga Kor Ming #Palestin #Dewan Rakyat
;