Shafie hadir program pertama sebagai KM Sabah, rakyat teruja

Ruzaini Zulkepli
Mei 13, 2018 13:32 MYT
Para pengunjung juga tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Mohd Shafie sambil berpelukan.
Rakyat Sabah masih belum 'move on', selain teruja apabila melihat Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba sebagai Ketua Menteri Sabah di majlis pertamanya di Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS Sabah ke-5 2018, Tanjung Lipat, pagi ini.
Mohd Shafie yang diangkat sebagai Ketua Menteri Sabah berkuat kuasa malam tadi itu disambut hampir 1,000 pengunjung di lokasi berkenaan semata-mata mahu melihat pemimpin itu secara dekat.
Para pengunjung juga tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Mohd Shafie sambil berpelukan.
Meskipun, Sabah kini mengalami isu pentadbiran politik yang kurang jelas, ianya seakan tidak mempengaruhi sokongan mereka terhadap Ketua Menteri itu dengan kehadiran ramai pengunjung di majlis berkenaan pada jam 9 pagi tadi.
#FCAS #Malaysia Memilih #Mohd Shafie Apdal #Pilihan Malaysia #rakyat Sabah #Shafie Apdal #teruja
;