Shafie Apdal hadir mesyuarat dengan KM Sarawak di Kuala Lumpur

Assim Hassan
Februari 23, 2020 09:51 MYT
Kehadiran Mohd Shafie Apdal ke sebuah hotel untuk bertemu Ketua Menteri Sarawak cetus pelbagai spekulasi. - Gambar fail
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hadir ke sebuah hotel terkemuka di ibu negara di mana lokasi mesyuarat tergempar Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Ketua Menteri Sabah itu hadir pukul 5.40 petang bersama dua pegawainya.
Beliau difahamkan bertemu dengan barisan Ahli Parlimen GPS dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Ditanya tujuan beliau ke hotel itu, Mohd Shafie hanya senyum sambil berkata: “Tiada apa-apa lah.”
Terdahulu, Abang Johari dilaporkan bertemu semua Ahli Parlimen GPS di Kuala Lumpur.
Perjumpaan tertutup itu bermula pukul 2 petang di sebuah hotel terkemuka.
Pengerusi GPS itu dipercayai akan membincangkan suatu perkara penting bersama barisan Ahli Parlimen.
Menurut sumber, terdapat agenda penting yang akan dibincangkan.
BACA: Ada 'agenda besar', Abang Jo jumpa Ahli Parlimen GPS di KL
BACA: Apa maksud 5 mesyuarat politik diadakan serentak hari ini?
BACA: UMNO adakan mesyuarat khas petang ini
#Abang Johari Tun Openg #Gabungan Parti Sarawak #GPS #Ketua Menteri #Mohd Shafie Apdal #Parti Warisan Sabah #Sabah #Warisan