Shafie Apdal angkat sumpah Ketua Menteri Sabah

Fifi Harteeny Marzuki
Mei 12, 2018 21:18 MYT
Shafie mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pada pukul 9.15 malam. - Foto Jabatan Penerangan
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-15 malam ini.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pada pukul 9.15 malam.
Turut kelihatan mengiringi Mohd. Shafie ialah isteri beliau, Datin Seri Shuryani Shuaib.
Mohd Shafie yang sebelum ini Naib Presiden UMNO bertindak keluar parti itu dan menubuhkan Parti Warisan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang serta Ahli Parlimen Semporna.
BACA: Musa Aman sudah keluar dari Sri Gaya?
Sementara itu, para penyokong berkumpul di Padang Merdeka seawal pukul 5 petang untuk menanti perkhabaran sama ada Mohd Shafie dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah atau tidak.

Penyokong-penyokong Warisan berkongsi kegembiraan mereka sebaik Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru sebentar tadi. @501Awani #MalaysiaMemilih #SabahBahNi pic.twitter.com/FRb3tanKjk

— Ruzaini Zulkepli AWANI (@RuzainiAWANI) May 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

pic.twitter.com/mrtwxreh3L

— Ruzaini Zulkepli AWANI (@RuzainiAWANI) May 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

pic.twitter.com/mrtwxreh3L

— Ruzaini Zulkepli AWANI (@RuzainiAWANI) May 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#angkat sumpah #Istana Negeri #Ketua Menteri Sabah #Kota Kinabalu #Merdeka #Mohd Shafie Apdal #Parlimen #presiden #Sabah #Semporna #Shafie Apdal
;