Shabery Cheek diajak berdebat dengan Rafizi di Kuala Besut

Bernama
Julai 18, 2013 23:10 MYT
PAS mengajak Umno berdebat mengenai isu berkaitan rakyat Terengganu dengan menjemput Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mewakili Barisan Nasional (BN) sementara Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mewakili Pakatan Rakyat.
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mencadangkan perdebatan diadakan secara terbuka di Kuala Besut selepas solat Tarawih esok.
Dengan penyertaan Ahmad Shabery, ia boleh mendapat liputan langsung RTM, katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Dewan Undangan Negeri Kuala Besut di sini Khamis.
#berdebat #Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek #Rafizi Ramli
;