Setiausaha Akhbar TPM dinaikkan pangkat sebagai mejar jeneral

Bernama
November 17, 2017 13:53 MYT
Ahmad Zahid dan Zulkiple memakaikan pangkat Mejar Jeneral kepada Fadzlette pada majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA
Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican hari ini dinaikkan pangkat daripada Brigadier Jeneral kepada Mejar Jeneral.
Fadzlette merupakan tentera darat wanita tunggal yang dinaikkan pangkat sebagai jeneral berbintang dua.
Majlis pemakaian pangkat pegawai kanan tentera darat itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Darat , Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Zulkiple sebelum itu mengadakan kunjungan hormat ke atas Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri.
--BERNAMA
#Ahmad Zahid Hamidi #Fadzlette Othman Merican Idris Merican #jeneral berbintang dua #Mejar Jeneral #naik pangkat #setiausaha akhbar #Timbalan Perdana Menteri #wanita