Setahun PKP: Kami masih berjuang - Dr Noor Hisham

Faris Danial Razi
Mac 17, 2021 05:16 MYT
DR NOOR HISHAM: Insya-Allah dengan kepatuhan semua kepada SOP, kita akan menang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Masih terngiang-ngiang dalam ingatan, apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac tahun lalu.
Menjelang setahun pelaksanaan PKP, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Menerusi satu perkongsian di Facebooknya pada Rabu, beliau berterima kasih kepada semua petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang banyak memerah keringat dalam perjuangan ini.
Sumber Facebook DGHisham
“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus bekerja siang dan malam untuk membendung wabak ini.
“Terima kasih Perdana Menteri atas penghargaan yang diucapkan semasa Perutusan Khas Perdana Menteri Mengenai COVID-19 dan semasa Sidang Majlis Keselamatan Negara: Pengurusan COVID-19, 16 Mac 2020.
“Sesungguhnya kami semua warga KKM dari pelbagai skim perkhidmatan yang berkhidmat di segenap pelusuk negara menghargai ucapan Perdana Menteri dan akan terus berkhidmat untuk negara.
“Setahun telah berlalu dan kami masih berjuang memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam negara kita. Insya-Allah dengan kepatuhan semua kepada SOP kita akan menang,” jelas beliau.
PKP | Setahun telah berlalu, kami masih berjuang - Dr Noor Hisham
#Muhyiddin Yassin #Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #SOP #KKM #Perdana Menteri #Pelaksanaan PKP #perintah kawalan pergerakan #PKP #Majlis Keselamatan Negara #COVID-19 #petugas kesihatan #penjawat awam #kesihatan #patuh SOP
;