Sesi persekolahan di negeri PKP, PKPB, PKPP? Ini yang anda perlu tahu
Fareez Azman
Januari 12, 2021 19:38 MYT
Januari 12, 2021 19:38 MYT
KUALA LUMPUR: Hanya murid yang bakal menduduki peperiksaan utama dibenarkan kembali ke sekolah pada 20 Januari depan di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin.
Berikut adalah perincian yang diumumkan oleh beliau dalam sidang media khas pada Selasa:
Negeri PKP (Johor, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)
- Murid bakal menduduki peperiksaan SPM, SVM, SKM, STPM, STAM, DVM dan peperiksaan antarabangsa setara dibenarkan kembali ke sekolah pada 20 Januari 2021.
- Murid sekolah Tahun Satu hingga Enam serta Tingkatan Satu hingga Empat di negeri PKP akan menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
- Murid sekolah berasrama penuh dan asrama sekolah harian yang akan menduduki peperiksaan seperti di atas dibenarkan pulang ke asrama mulai 16 Januari 2021.
- Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi Tingkatan Satu ialah pada 20 hingga 29 Januari 2021, manakala bagi Tingkatan Empat antara 15 hingga 25 Februari 2021.
- Guru dan anggota kumpulan pelaksana yang terlibat dalam kelas peperiksaan, pengurusan peperiksaan serta yang diarahkan Ketua Jabatan hendaklah kembali ke stesen masing-masing sebelum 20 Januari 2021.
- Pelajar matrikulasi kekal berada di kolej dan sesi proses Pengajaan dan Pembelajaran (PdP) secara hibrid dilaksanakan.
- Institusi Pendidikan Guru (IPG) akan menjalani PdP bagi semua program pengajian secara dalam talian mulai 17 Januari 2021.
- Institusi pendidikan swasta dan sekolah antarabangsa - PdP secara bersemuka hanya dibenarkan untuk kelas peperiksaan sahaja.
- Tadika swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Kementerian Pendidikan (KPM) boleh beroperasi secara bersemuka.
Atas konteks keperluan, tadika swasta di kawasan PKP dibenarkan beroperasi
Ini penjelasan bagi mereka yang bersekolah swasta dan antarabangsa
Boleh pulang ke asrama pada 16 Januari 2021
- Murid prasekolah, sekolah rendah bagi Tahun Satu hingga Enam dibenarkan mengadakan proses PdP secara bersemuka di sekolah.
Pelajar, calon peperiksaan utama termasuk SPM dibenarkan hadir ke sekolah
- Pelajar Kolej Vokasional bagi Semester Dua dan Lima untuk Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dibenarkan menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka.
- Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) juga dibenarkan menjalani proses PdP secara bersemuka.
- Pelajar matrikulasi kekal berada di kolej dan sesi proses PdP secara hibrid dilaksanakan
#SPM
#Kedah
#Pahang
#PKPP
#PKPB
#peperiksaan
#pengajaran dan pembelajaran
#PKP
#SKM
#Malaysia
#pelajar
#Kuala Lumpur
#Kementerian Pendidikan
#Negeri Sembilan
#pendidikan
#guru
#menteri
#Putrajaya
#sekolah
#murid
#darurat
#KPM