Sesi berjumpa penghuni penjara ditangguh - Jabatan Penjara
Isabelle Leong
Mac 18, 2020 13:15 MYT
Mac 18, 2020 13:15 MYT
Sesi perjumpaan antara keluarga penghuni dan penghuni di seluruh institusi Penjara Malaysia ditangguhkan dari Rabu (18 Mac) sehingga 31 Mac ini, menurut Jabatan Penjara Malaysia.
Menerusi satu kenyataan pada Rabu, Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara Malaysia berkata perkara tersebut termasuk lawatan ke Muzium Penjara Bandar Hilir, Melaka, program dan juga lawatan melibatkan pihak peguam, Polis Diraja Malaysia, Kedutaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Langkah tersebut diambil susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
#COVID-19
#ditangguh
#Jabatan Penjara Malaysia
#koronavirus
#penghuni penjara
#perintah kawalan pergerakan