SESB laksana catuan elektrik di Sabah dan Labuan

Bernama
Mac 24, 2024 00:08 MYT
SESB memaklumkan melalui Facebook, disebabkan penutupan kecemasan sebuah IPP, catuan bekalan sebanyak 128MW akan dilaksanakan bermula 23-24 Mac 2024. - Facebook SESB
KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) melaksanakan catuan bekalan elektrik berjumlah 128 megawatt (MW) untuk grid elektrik Sabah dan Labuan pada semalam dan hari ini berikutan penutupan kecemasan sebuah stesen janakuasa bebas (IPP).
SESB dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan bahawa situasi itu menyebabkan berlaku kekurangan kapasiti penjanaan sebanyak 967MW berbanding permintaan ketika waktu puncak pada pukul 7 malam tadi iaitu 1,001MW.
"Margin rizab bekalan elektrik berada pada tahap 0MW. SESB memohon maaf kepada pengguna dan sedang berusaha menyelesaikan situasi berkenaan," menurut kenyataan itu.
Maklumat lanjut mengenai perkara itu akan dikemas kini menerusi pemakluman seterusnya.
-- BERNAMA
#SESB #Labuan #catuan bekalan elektrik #bekalan elektrik