Sertai Nissan-Honda, Mitsubishi beri kata putus penghujung Jan 2025
Amanz
Disember 24, 2024 13:15 MYT
Disember 24, 2024 13:15 MYT
LANJUTAN pengumuman oleh Nissan dan Honda, Mitsubishi Motors kini menyatakan bahawa mereka akan membuat keputusan sama ada menyertai integrasi perniagaan Nissan dan Honda menjelang akhir Januari 2025.
Ringkasan AI
- Mitsubishi Motors akan memutuskan sama ada untuk menyertai integrasi perniagaan Nissan dan Honda menjelang akhir Januari 2025.
- Pengumuman ini adalah lanjutan daripada rancangan Nissan dan Honda untuk membentuk syarikat induk gabungan menjelang 2026.
- Ketiga-tiga syarikat telah menandatangani persetujuan pada Ogos 2024 untuk pembangunan kenderaan elektrik, menggabungkan kelebihan strategik masing-masing.
Perkongsian ini adalah lanjutan daripada pengumuman Nissan dan Honda mengenai penggabungan syarikat mereka, dengan sasaran untuk membentuk syarikat induk gabungan menjelang 2026.
Untuk makluman, ketiga-tiga syarikat automotif ini telah menandatangani persetujuan pada Ogos 2024 berkaitan pembangunan kenderaan elektrik, dengan tujuan menggabungkan kelebihan strategik masing-masing. -Amanz