Serpihan roket China jatuh di Laut Sulu

Astro Awani
Julai 31, 2022 09:34 MYT
Pergerakan serpihan yang terbakar berkenaan turut melintasi ruang udara Malaysia serta dapat dikesan di beberapa kawasan termasuk melintasi di ruang udara sekitar Sarawak. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan kemasukan semula (re-entry) serpihan roket Long March 5B milik negara China pada jam 12.55 pagi, awal hari ini.
Dalam catatan terbaharu di akaun Facebook rasmi, MOSTI berkata, serpihan roket berkenaan telah terbakar semasa memasuki ruang udara bumi.
"Pergerakan serpihan yang terbakar berkenaan turut melintasi ruang udara Malaysia serta dapat dikesan di beberapa kawasan termasuk melintasi di ruang udara sekitar Sarawak.
"Sisa serpihan yang terbakar berkenaan direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu, iaitu kawasan antara latitud 9.1 Utara dan Longitud 119.0 Timur," katanya.
Jelasnya, pemantauan secara berterusan dilakukan oleh MOSTI melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
#MOSTI #serpihan roket China #roket Long March 5b #Laut Sulu
;