Sering diperli, kerani pejabat dicekik, ditikam hingga mati

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Julai 11, 2018 21:04 MYT
Katanya, suspek yang berusia 28 tahun mengaku baru sahaja membunuh mangsa dengan menikam dan mencekiknya di stor pejabat terbabit. - Gambar hiasan
Seorang wanita yang bertugas sebagai kerani di sebuah institusi pengajian kemahiran di Banting, Selangor ditemui mati di dalam stor pejabat pada petang Rabu.
Mangsa yang berusia 49 tahun ditemui mati di atas lantai pejabat dengan kesan tikam dan jerut di leher.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azizan Tukiman maklumat mengenai kematian wanita terbabit dimaklumkan sendiri oleh suspek yang membuat panggilan ke Balai Polis Banting pada jam 3.18 petang.
Katanya, suspek yang berusia 28 tahun mengaku baru sahaja membunuh mangsa dengan menikam dan mencekiknya di stor pejabat terbabit.
“Mangsa didakwa suspek sering menyindir suspek menjalinkan hubungan cinta dengan salah seorang pekerja di institusi terbabit dan walaupun suspek sering menyangkal sindiran itu,” katanya dalam kenyataan di sini pda Rabu.
Tambah Azizan, suspek yang bertugas sebagai Pembantu Makmal kemudian ditahan polis untuk siasatan lanjut.
Siasatan awal polis menyebut suspek didapati pernah menjalani rawatan kawalan stress di Hospital Banting.
#cekik #Hospital #Kuala Langat #mangsa #mati #polis #siasatan #suspek #tikam #wanita
;