#SerikJerebu: 'Kerajaan perlu bersepakat dalam menangani isu jerebu'- Netizen

Kohilah Sekaran
Oktober 5, 2015 13:03 MYT
Netizen mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan yang keras terhadap negara Indonesia sebagai usaha untuk menangani isu jerebu.
Netizen mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan yang keras terhadap negara Indonesia sebagai usaha untuk menangani isu jerebu.
Menerusi satu tinjauan Astro AWANI di media sosial,(Apakah langkah/cadangan bijak yang akan anda lakukan untuk menangani ‪#‎jerebu‬ yang melanda negara?), netizen berkata kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab kerana perkara ini tidak boleh dipandang remeh lagi.
Menurut mereka, isu jerebu ini bukan perkara yang baru, di sebaliknya Malaysia berhadapan dengan fenomena ini sejak beberapa tahun.
Malah, banyak aktiviti yang terganggu sehingga sekolah terpaksa ditutup beberapa hari, dan yang lebih membimbangkan, kesihatan mereka turut terjejas.
Segelintir netizen menyatakan bahawa kerajaan perlu bersepakat dengan negara-negara lain yang turut terjejas untuk menghulurkan bantuan masing-masing dalam menangani isu kebakaran hutan di Indonesia. Sebagai contoh; menghantar pasukan bomba untuk membantu negara Indonesia memadan kebakaran hutan yang semakin merebak.
Sementara itu, ada juga yang mencadang untuk melaksanakan undang-undang alam sekitar yang merangkumi semua negara ASEAN.
Netizen berkata satu undang-undang khusus perlu digubal agar hukuman dapat dikenakan kepada negara-negara yang mencetuskan persekitaran tidak sihat seperti jerebu yang menggangu ruang udara negara lain.
Hal ini kerana, menurut mereka, jerebu bukan masalah sesebuah negara, malah ia merupakan masalah serantau dan perlu diselesaikan secara bersaudara dan holistik.
“Kita berkongsi udara, langit, dan bumi yang sama. Jadi, kita perlu sama-sama bertanggungjawab atas hal ini.. Jika Indonesia kata syarikat Malaysia yang melakukannya, apa tindakan mereka? Kenapa tidak ‘banned’ sahaja jika sudah hampir setiap tahun berlaku yang sama? Setiap tahun kita terpaksa hadapi isu ini dan masih tiada penyelesaian,” soal seorang pengguna Facebook.
Seorang lagi pengguna berkata, “sama-samalah kita membantu negara Indonesia menangani masalah ini..sekarang bukan masa untuk menunding jari dan menyalahkan mana-mana pihak...kita juga boleh neminta bantuan dari negara lain...untuk kebaikan semua pihak, kita perlu saling berganding bahu untuk mengatasi masalah ini.”
Manakala, segelintir pihak meminta kerajaan untuk mengumumkan cuti umum bagi negeri-negeri yang terjejas teruk dilanda jerebu kerana kesihatan perlu diberi keutamaan.
Apabila ditanya berkenaan bagaimana keadaan jerebu memberi kesan ke atas kehidupan seharian, berikut adalah antara respon dari diterima dari pelbagai pihak:
Perubatan
Pihak perubatan memaklumkan bahawa keadaan jerebu yang teruk memburukkan kualiti udara di hospital yang secara langsung menjejaskan pemulihan pesakit di hospital.

@501Awani Bad haze even in the hospital wards. Not good in many ways. I'm sure affect patients recovery if this stays.

— Dr Mohd Rizal (@drmohdrizal) October 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pelajar
Pelajar sekolah mengadu bahawa keadaan jerebu yang berterusan ini menganggu pendidikan mereka.
Ini kerana, sekolah sering ditutup dan pembelajaran menjadi singkat sehingga membimbangkan golongan pelajar yang akan menduduki peperiksaan seperti SPM dan STPM.

@501Awani Disebabkan jerebu, cuti diberi. Disebabkan cuti, masa pembelajaran kat sekolah jadi singkat. Spm semakin menghampiri /p>— jessica. (@_missjessicaa_) October 4, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani x dpt nk gi skolah study untuk exam..

— King Cobrazz (@KCobrazz) October 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Orang awam
Ramai yang mengadu kesihatan mereka terjejas terutamanya pihak yang menghidap penyakit berkaitan pernafasan.
Batuk, pedih mata, sakit tekak, sakit kepala dan kesukaran untuk bernafas merupakan antara masalah kesihatan yang dialami oleh rakyat.
Malah, aktiviti luaran juga terpaksa dibatalkan. Oleh itu, ada yang berkata cuti mereka tidak produktif kerana terpaksa berkurung di dalam rumah.
Bukan itu sahaja, ada yang mengadu tanaman mereka mula mati dan ternakan pula mula hilang selera.

@501Awani Kesihatan terjejas...batuk, mata pedih...Banyak aktiviti terganggu & terpaksa dibatalkan. Pemandangan yg indah jd tak indah..

— sha ahmad (@shadiah09) October 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani nak gerak mana2 susah dan kabur menyebabkan banyak program batal #SerikJerebu

— Yat ATEH Mohamed (@YatMoharany) October 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani yg ada pykt pernafasan mcm saya ni..hadoiiii..asthma attack!

— Reen (@sarena_sh) October 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani sakit mata ketika berjalan & memandu

— zynul cardozo (@swat_zynul) October 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani saya tidak dapat meneruskan aktiviti harian saya seperti hari sebelumnya. Tanaman banyak yang mati, ternakan mula hilang selera

— Maestro (@SaifulHatin) October 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Astro Awani #jerebu #undian
;