SERI ketengah 10 polisi perlu dilaksana dalam 100 hari pertama pentadbiran PM baharu
Kenyataan Media
Ogos 22, 2021 22:08 MYT
Ogos 22, 2021 22:08 MYT
SERI berpendapat adalah penting bagi pentadbiran baharu pimpinan Ismail Sabri mengenal pasti dan mengutamakan beberapa perkara dalam 'menghidupkan' semula Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
PENYELIDIKAN Sosial dan Ekonomi (SERI) mengetengahkan 10 polisi yang perlu dilaksanakan dalam kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam 100 hari pertama.
Mendepani krisis politik yang akhirnya terjawab dengan pemilihan Perdana Menteri kesembilan, maka SERI berpendapat adalah sesuatu yang amat penting bagi pentadbiran baharu mengenal pasti dan mengutamakan beberapa perkara dalam 'menghidupkan' semula Malaysia yang terjejas akibat pandemik.
Menurut kenyataan SERI, 10 polisi yang dicadangkan itu meliputi lima bidang seperti berikut:
Ekonomi
- Meningkatkan nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan nisbah pembayaran faedah ke tahap yang lebih tinggi.
Kesihatan
- Kerajaan perlu meningkatkan ujian saringan COVID-19 secara bersasar di kawasan yang merekodkan angka tinggi, sehingga ujian positif menunjukkan kurang daripada lima peratus.
Pendidikan
- Kerajaan perlu mempertimbangkan penggunaan pembantu pengajar dalam membantu tenaga pengajar yang berdepan dengan kesukaran menggunakan peranti digital ekoran kekurangan latihan.
Kerajaan
- Kerjasama antara parti politik adalah penting bagi memastikan pelaksanaan dan perjalanan dasar yang lebih berkesan.
Persekitaran
- Pertimbangkan keperluan untuk mengurangkan risiko persekitaran sebagai sebahagian daripada respons kesihatan awam.