Serba hijau di RWMF 2024, buat kaki mesra alam di kaki Gunung Santubong

Jasmine Abu Bakar
Jun 27, 2024 06:51 MYT
Kampung Budaya Sarawak sekali lagi menjadi tumpuan dengan menghimpunkan pemuzik dan peminat muzik dari segenap pelusuk dunia menerusi RWMF 2024 bermula 28-30 Jun ini. - Astro AWANI
KUCHING: Kelestarian alam menjadi antara agenda penting negeri Bumi Kenyalang dalam memastikan inisiatif hijau itu membawa impak positif kepada rakyatnya.
Penganjuran Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024 oleh Sarawak Tourism Board (STB) pada hujung minggu ini contohnya membawa gabungan dua elemen dalam penganjurannya iaitu kelestarian dalam seni persembahan.
Sekaligus menjadi tarikan peminat muzik tradisional dan kontemparori yang bakal membanjiri Kampung Budaya Sarawak.
Ini antara inisiatif diambil STB dalam memastikan penganjuran RWMF lebih mesra alam.
1. Inisiatif pelancongan bertanggungjawab.
2. Perkhidmatan bas pergi balik dari Kuching ke Kampung Budaya Sarawak bagi mengurangkan pelepasan karbon.
3. Penggunaan bahan mesra alam dalam pembikinan set dan kawasan riadah pelawat.
4. Menampilkan genre muzik dengan alat akustik.
5. Aktiviti/bengkel seni menggunakan bahan kitar semula.
6. Tiada penggunaan plastik sekali guna.
7. Pemegang tiket disaran membawa bekas makanan/minuman sendiri
Selain itu STB juga menitikberatkan konservasi hutan dan memastikan semua persiapan dilakukan mengikut piawaian.
RWMF akan berlangsung bermula 28 hingga 30 Jun di Kampung Budaya Sarawak.
#RWMF 2024 #Sarawak #alam sekitar #Kampung Budaya Sarawak