Serba Dinamik fail saman pemula terhadap Bursa Malaysia

Bernama
November 8, 2021 21:28 MYT
Serba Dinamik Holdings Bhd yang memfailkan saman tersebut pada 3 Nov lepas, menamakan Bursa Malaysia sebagai defendan tunggal.
KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) telah memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi terhadap Bursa Malaysia mendakwa pengendali bursa tempatan itu bertindak melebihi kuasanya termasuk menggantung dagangan saham syarikat berkenaan di Pasaran Utama Bursa pada 22 Okt lepas.
Penyedia perkhidmatan minyak dan gas bersepadu itu, yang memfailkan saman tersebut pada 3 Nov lepas, menamakan Bursa Malaysia sebagai defendan tunggal.
Selain itu, SDHB memohon ganti rugi dan kos daripada Bursa Saham.
Kes itu ditetapkan untuk pendengaran permohonan injunksi di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin pada 11 Nov ini.
-- BERNAMA
#Serba Dinamik #fail saman pemula #SDHB #Mahkamah Tinggi #Bursa Malaysia #Pasaran Utama Bursa
;