KUALA LUMPUR:Kenderaan perisai tambahan dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman akan digerakkan mulai hari ini ke sempadan Malaysia-Thailand bagi mengukuh kawalan sempadan negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Ini berikutan insiden kedua serangan penyeludup terhadap anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan negara pada petang Rabu, selepas serangan pertama sehari sebelum itu menyebabkan seorang anggota PGA terkorban dan seorang lagi cedera parah.
Beliau berkata pasukan operasi daripada JSJ dan JSJN serta Unit Komando 69 digerakkan ke kawasan sempadan bagi melumpuhkan pergerakan kumpulan penyeludup.
“Tindakan pantas Polis Diraja Malaysia telah berjaya menumpaskan aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah dengan polis Kedah merampas lebih 100 kilogram heroin dianggarkan bernilai RM10 juta pada petang semalam,” katanya kepada Bernama.
Abdul Hamid turut menyatakan rasa bangganya terhadap anggota PGA yang terus bersemangat dalam melaksanakan tugas walaupun berhadapan dengan serangan penyeludup.
"Serangan itu tidak melunturkan semangat pegawai dan anggota PGA yang bertugas di kawasan sempadan," katanya.
Media semalam, melaporkan seorang anggota PGA cedera ringan selepas terkena tembakan ketika menjalankan rondaan bersama seorang anggota lain di sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, Kedah dalam kejadian pada kira-kira 6.15 petang itu.
Ekoran itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata PGA yang ditugaskan mengawal sempadan Malaysia -Thailand akan menukar strategi dan sistem rondaan di kawasan terbabit untuk mengekang sebarang kegiatan penyeludupan.
Perubahan strategi itu perlu kerana sejak kebelakangan ini, sering berlaku kejadian tembakan sehingga mencederakan anggota pasukan berkenaan.
Selain itu, semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) yang melaksanakan Op Benteng mempertimbangkan untuk menambah bilangan anggota di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dengan melibatkan pelbagai agensi.
Senada dengan perkara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang berkata ATM sentiasa berusaha memperkasa dan memperkemaskan kawalan keselamatan persempadanan melalui kekerapan rondaan selain penggunaan aset seperti dron bagi mengesan sebarang pergerakan di sempadan negara.
Dalam kejadian pertama pada 3.10 pagi Selasa, anggota PGA Sarjan Baharuddin Ramli, 54, maut, manakala Sarjan Norihan a/l Tari, 39, parah dalam kejadian berbalas tembakan dengan penyeludup di Pos TS9 berdekatan Padang Besar, Perlis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 26 2020
Tinjauan di sekitar Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam malam tadi. --fotoBERNAMA
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Belanjawan 2025: Fokus anak muda
Belanjawan 2025: Apa yang Sabah dan Sarawak dapat?
Ikuti analisis awal Belanjawan 2025 bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Datuk Prof Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi.
Gaji minimum dinaikkan ke RM1,700 bermula Februari 2025
Penguatkuasaan gaji minimum itu ditangguhkan bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.
Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya
Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, penyasaran subsidi seumpama itu akan turut melibatkan kesihatan awam.
Bantuan Awal Persekolahan kekal, kerajaan peruntukkan RM800 juta
Kerajaan mengumumkan akan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), dengan hampir 500 juta ringgit diperuntukkan kepada 5.2 juta murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Keputusan representasi Papagomo gugur kes hasut 6 Januari 2025
Keputusan representasi dikemukakan bekas Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Januari depan.
Wilayah Belgorod di Rusia isytihar darurat selepas serangan Ukraine
Keadaan disifatkan "amat sukar dan tegang" ketika kawasan sempadan itu menjadi sasaran serangan dron dan peluru berpandu dari Ukraine.
Kod QR sempadan Malaysia-Singapura capai objektif kurangkan tempoh waktu menunggu
Waktu menunggu bagi pemeriksaan 30 penumpang bas pada waktu puncak didapati telah dipendekkan kepada 15 minit berbanding 120 minit di BSI dan 90 minit di KSAB.
KPDN kerjasama dengan pihak berkuasa banteras penyeludupan diesel di sempadan
KPDN akan menguatkan pemantauan di kawasan sempadan untuk mengelakkan berlakunya ketirisian diesel selepas penyasaran subsidi dilaksanakan bermula 10 Jun lepas.
Biden akan tandatangani Perintah Presiden untuk hadkan kemasukan menerusi sempadan Mexico - Laporan
Biden dijangka membentangkan pelan itu pada Selasa dan menandatangani satu Perintah Presiden berkaitan.
Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.
Polis Kedah tingkatkan kawalan laut, darat di sempadan
Polis tidak menolak kemungkinan penyeludup akan mengambil kesempatan untuk menjalankan kegiatan jenayah itu semasa musim perayaan.
KPDN perkemas mekanisme tangani isu ketirisan barang kawalan di sempadan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata mekanisme yang dijalankan secara pengurusan mikro itu akan dilaksanakan secara berperingkat.
RTS Link, projek berwawasan melangkaui sempadan dan inovasi
Perjalanan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) setakat ini amat memberangsangkan dan "berwawasan," melangkaui sempadan dan inovasi.
Anwar, Srettha adakan perbincangan dua hala mengenai pembangunan sempadan pada Isnin
Pertemuan itu akan memberi tumpuan kepada mempercepatkan pembinaan projek utama kesalinghubungan di sempadan.
Lubnan-Israel semakin panas, cetus perang lebih luas
Perang mulut mencetuskan kebimbangan konflik yang semakin meluas antara Israel dan kumpulan Lubnan yang disokong Iran, Hezbollah.