Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih dalam proses mengenal pasti identiti suspek yang menyerang kawasan pos kawalan 19 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Padang Besar menggunakan mercun roket pada Isnin.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata polis masih menjalankan siasatan dan tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat mengenai suspek.
“Saya tidak dapat mendedahkan siapa suspek kerana siasatan masih lagi dilakukan.
“Kami tidak boleh tuduh warga Thailand atau warga mana-mana negara kerana tiada kepastian buat masa ini,” kata Mazlan selepas majlis pelancaran Sistem e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman pada Selasa.
Bagaimanapun, beliau berkata serangan mercun tersebut memang ditujukan kepada pos polis berhampiran pagar sempadan di Padang Besar.
“Apa yang pasti ialah memang ada mercun yang ditujukan kepada pondok polis ataupun pos polis di sempadan tersebut. Bagi masa untuk kami jalankan siasatan,” katanya.
Pada Isnin, Komander Briged Utara, PGA Hulu Kinta, Perak SAC Abdul Ghani Mohamad Ji dalam satu kenyataan berkata serangan tersebut dipercayai dilakukan warga Thailand.
Serangan tersebut dikaitkan dengan kumpulan penyeludup yang ingin menakutkan anggota PGA berikutan kejayaan mereka menggagalkan cubaan menyeludup daun ketum ke Thailand.
Dalam perkembangan isu basikal lajak pula, beliau berkata pihaknya masih lagi melaksanakan penguatkuasaan dan boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang lalai kerana membenarkan anak mereka mengubah suai basikal mereka secara berbahaya.
Pada Isnin, Mahkamah Majistret melepaskan dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal, dua tahun lepas.
Isabelle Leong
Tue Oct 29 2019
![Serangan mercun roket di pos kawalan: Identiti suspek masih disiasat - Polis Serangan mercun roket di pos kawalan: Identiti suspek masih disiasat - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81572327839_TBPRDM.jpg)
MAZLAN: Apa yang pasti ialah memang ada mercun yang ditujukan ke arah pos polis berhampiran pagar sempadan Padang Besar. - BERNAMA
Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
![Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind
Hal itu merangkumi meningkatkan liputan jalur lebar, memperkasakan kemahiran digital dan menggalakkan inovasi dalam sektor teknologi.
![Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738902590_AzamBaki.jpg)
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah.
Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata pembinaan kompleks CIQ baharu di pihak Thailand telah pun disiapkan beberapa tahun lalu.
![KUSKOP salur RM813.4 juta kepada PMKS, koperasi di Sabah tahun lepas KUSKOP salur RM813.4 juta kepada PMKS, koperasi di Sabah tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739265279_EwonBenedick.jpg)
KUSKOP salur RM813.4 juta kepada PMKS, koperasi di Sabah tahun lepas
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan RM813.4 juta kepada 53,395 perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi di Sabah, sepanjang tahun lepas.
Agenda AWANI: Indeks Persepsi Rasuah | Tambah Baik Kedudukan
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata. Apa cara untuk tambah baik kedudukan ini dan adakah visi untuk berada 25 buah negara teratas di dunia menjelang tahun 2033 boleh dicapai? Diskusi 8.30 malam
![Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739272819_SaifuddinNasutionI.jpg)
Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Krisis bantuan Gaza terkawal
Krisis kebuluran di Gaza berjaya dielakkan buat masa ini susulan peningkatan bantuan kemanusiaan yang memasuki wilayah tersebut dalam fasa pertama gencatan senjata.
Malaysia, Turkiye desak dunia iktiraf Palestin anggota PBB
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin, termasuk mengiktiraf sebagai negara berdaulat dan menjadi anggota PBB.
Hubungan Malaysia-Turkiye: Beri tumpuan kepada pembangunan PKS
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Dewan Perdagangan dan Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dan Lembaga Perhubungan Ekonomi Luar Negeri Türkiye (DEİK) memberi tumpuan kepada pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Menyifatkan industri itu sebagai lapisan kedua ekonomi negara, beliau berkata ia mempunyai potensi besar untuk berkembang sekiranya mendapat sokongan sepenuhnya.
Menyifatkan industri itu sebagai lapisan kedua ekonomi negara, beliau berkata ia mempunyai potensi besar untuk berkembang sekiranya mendapat sokongan sepenuhnya.
![Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732887638_basikallajak.jpg)
Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya
Polis menahan tujuh kanak-kanak lelaki kerana bermain basikal lajak di kawasan Lebuh Relau 4 di sini hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain.
![Polis siasat video tular sekumpulan remaja tunggang basikal lajak secara berbahaya Polis siasat video tular sekumpulan remaja tunggang basikal lajak secara berbahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726410931_TBBASIKALLAJAK.jpg)
Polis siasat video tular sekumpulan remaja tunggang basikal lajak secara berbahaya
Menurutnya setakat ini pihak polis tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berkenaan kejadian tersebut.
![Tragedi basikal lajak: 'Setiap detik dihantui insiden itu, saya mohon maaf' - Sam Ke Ting Tragedi basikal lajak: 'Setiap detik dihantui insiden itu, saya mohon maaf' - Sam Ke Ting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71680248935_SamKeTing.jpg)
Tragedi basikal lajak: 'Setiap detik dihantui insiden itu, saya mohon maaf' - Sam Ke Ting
Ke Ting berkata peristiwa tersebut sentiasa bermain di fikirannya malah sering tertanya-tanya mengenai kehidupan serta masa depan keluarga remaja yang terkorban akibat kemalangan itu.
![Sam Ke Ting bebas tuduhan sebabkan kematian 8 remaja basikal lajak Sam Ke Ting bebas tuduhan sebabkan kematian 8 remaja basikal lajak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681195198_SamKeTing.jpg)
Sam Ke Ting bebas tuduhan sebabkan kematian 8 remaja basikal lajak
Pada 13 April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan kerani itu dikenakan hukuman berkenaan atas kesalahan dilakukannya pada 2017.
![Hisyam Teh ketuai pasukan peguam Sam Ke Ting dalam rayuan kes 'basikal lajak' Hisyam Teh ketuai pasukan peguam Sam Ke Ting dalam rayuan kes 'basikal lajak'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679037903_TBHisyamTehPohTeik.jpg)
Hisyam Teh ketuai pasukan peguam Sam Ke Ting dalam rayuan kes 'basikal lajak'
Hisyam Teh akan mengetuai pasukan peguam dalam rayuan Sam terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan memandu melulu sehingga menyebabkab kematian remaja menunggang basikal lajak.
![Budak 9 tahun antara 52 penunggang basikal lajak ditahan Budak 9 tahun antara 52 penunggang basikal lajak ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671146118_basikallajak.jpg)
Budak 9 tahun antara 52 penunggang basikal lajak ditahan
Ibu bapa diingatkan agar sentiasa mengawasi anak-anak mereka supaya tidak terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang.
![Kes basikal lajak: Rayuan kerani akan didengar 31 Mac tahun depan Kes basikal lajak: Rayuan kerani akan didengar 31 Mac tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656419187_TBSamKeTing.jpg)
Kes basikal lajak: Rayuan kerani akan didengar 31 Mac tahun depan
Mahkamah Rayuan menetapkan 31 Mac tahun depan bagi mendengar rayuan Sam Ke Ting terhadap sabitan kesalahan kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja.
![Kes basikal lajak: Pengurusan kes bagi rayuan kerani ditetapkan 13 Okt Kes basikal lajak: Pengurusan kes bagi rayuan kerani ditetapkan 13 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650124527_SamKeTing.jpg)
Kes basikal lajak: Pengurusan kes bagi rayuan kerani ditetapkan 13 Okt
Tarikh baharu itu ditetapkan selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norkamilah Aziz hari ini.
![Basikal lajak: Pengurusan kes selanjutnya rayuan kerani pada 28 Jun Basikal lajak: Pengurusan kes selanjutnya rayuan kerani pada 28 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652261567_menjatuhkanhukuman.jpg)
Basikal lajak: Pengurusan kes selanjutnya rayuan kerani pada 28 Jun
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Jun bagi pengurusan kes selanjutnya dalam rayuan Sam Ke Ting terhadap sabitan dan hukuman penjaranya.
![Kes basikal lajak: Sri Ram ketuai rayuan kerani Kes basikal lajak: Sri Ram ketuai rayuan kerani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636355129_DatukSeriGopalSri.jpg)
Kes basikal lajak: Sri Ram ketuai rayuan kerani
Pengurusan kes bagi rayuan Sam ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mohd Khairi Haron pada 11 Mei.