Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Jakarta, Indonesia dinasihatkan mengambil langkah keselamatan dan mendapat nasihat pihak kedutaan terlebih dahulu, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Beliau berkata aspek keselamatan susulan insiden pengeboman di Jakarta pada 14 Jan lepas berada dalam bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.
"Adalah lebih baik mereka mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak kedutaan supaya mengambil langkah lebih berjaga-jaga agar sebarang bentuk insiden yang berlaku tidak akan menimpa rakyat kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama Jawatankuasa Veteran UMNO Kepala Batas, di Wisma UMNO Kepala Batas, di sini hari ini.
Orang ramai boleh menghubungi kedutaan Malaysia di Jakarta menerusi talian 0062 21 5224 947 atau melalui e-mel kedutaan mwjakarta@kln.gov.my bagi mendapatkan nasihat dan pandangan, katanya.
Tujuh orang - lima pengganas dan dua orang awam - disahkan terkorban dalam insiden tembak-menembak dan serangan bom berhampiran Gedung Sarinah di Jalan MH Thamrin, di tengah-tengah ibu kota Jakarta.
Dalam perkembangan lain, Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata pihak polis dan penyiasat di Madinah masih belum dapat mengesan rakyat Malaysia yang dilapor hilang di Madinah, Arab Saudi pada 19 Dis lepas, Nor Azimah Ibrahim.
Bagaimanapun, beliau berkata Nor Azimah dipercayai tidak keluar meninggalkan negara itu dan masih lagi berada sama ada di Makkah atau Madinah.
"Saya boleh maklumkan bapa beliau telah pulang ke Malaysia ditemani seorang daripada profesor yang bertugas di Madinah. Pihak polis dan pihak penyiasat masih lagi melakukan sedaya mungkin untuk mendapatkan petunjuk bagi menjejaki Nor Azimah," katanya.
Nor Azimah, 31, yang berasal dari Seksyen 30, Shah Alam, Selangor, berlepas ke Tanah Suci bersama ibu bapanya untuk mengerjakan umrah pada 11 Dis lepas dan dijadual pulang ke Malaysia pada 22 Dis.
Pada hari kejadian wanita itu berada dalam keadaan tidak sihat dan tidak mengikut ibu bapanya melakukan ziarah sebelum dilapor hilang ketika berada di Masjid an-Nabawi.
Bernama
Sat Jan 16 2016
![Serangan di Jakarta: Rakyat Malaysia dinasihat berhubung dengan kedutaan Serangan di Jakarta: Rakyat Malaysia dinasihat berhubung dengan kedutaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41452937865_950x600.jpg)
Tujuh orang - lima pengganas dan dua orang awam - disahkan terkorban dalam insiden tembak-menembak dan serangan bom berhampiran Gedung Sarinah di Jalan MH Thamrin itu. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Jet pejuang rejim Israel serang utara Gaza Jet pejuang rejim Israel serang utara Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716769608_Israelifighterjets.jpg)
Jet pejuang rejim Israel serang utara Gaza
Dalam satu serbuan, rejim Israel mendakwa menemui tapak penyimpanan senjata dengan puluhan roket dan senjata api disimpan di sebuah sekolah.
![Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715080478_Narathiwatbom.jpg)
Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Mangsa wanita berusia 38 dan 31 tahun dari Tumpat, Kelantan itu mengalami kecederaan ringan susulan letupan bom pada 9.35 malam pada Isnin.
![Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711123266_PiyawatChalermsri.jpg)
Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan awal pada pagi Jumaat.
![AI digunakan Amerika untuk bom 85 sasaran di Asia Barat AI digunakan Amerika untuk bom 85 sasaran di Asia Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708997570_TBAIjpg.jpg)
AI digunakan Amerika untuk bom 85 sasaran di Asia Barat
Menurut Bloomberg, AI yang dibangunkan di bawah Project Maven telahpun digunakan untuk melakukan misi pengeboman di Asia Barat.
![Wartawan Al Jazeera terbunuh ketika sedang membuat liputan Wartawan Al Jazeera terbunuh ketika sedang membuat liputan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702686448_TBSamerAbudaqa.jpg)
Wartawan Al Jazeera terbunuh ketika sedang membuat liputan
Jurukamera Arab Al Jazeera Samer Abudaqa terbunuh dan rakan sekerjanya Wael Dahdouh cedera ketika sedang membuat laporan.
![Pertubuhan Islam kutuk serangan bom Israel ke atas sekolah di Gaza Pertubuhan Islam kutuk serangan bom Israel ke atas sekolah di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700432123_Israelisoldiersop.jpg)
Pertubuhan Islam kutuk serangan bom Israel ke atas sekolah di Gaza
Pengeboman Israel ke atas sekolah berkenaan turut mendapat kecaman meluas dari negara dan pertubuhan Arab dan Islam.
![Pekerja kilang didakwa miliki bom buatan sendiri, pistol tiruan Pekerja kilang didakwa miliki bom buatan sendiri, pistol tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697431577_tbpekerjakilang.jpg)
Pekerja kilang didakwa miliki bom buatan sendiri, pistol tiruan
Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki bahan letupan serta memiliki pistol tiruan tanpa kebenaran.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.