Serangan Dhaka: Tiada rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra

Astro Awani
Julai 2, 2016 12:00 MYT
Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga akan terus memantau perkembangan peristiwa serangan itu. - Foto AP
Sehingga kini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam serangan di Dhaka pada Jumaat yang menyaksikan sekumpulan lelaki bersenjata bertindak menyerbu sebuah kafe di ibu kota Bangladesh itu dan menahan lebih 20 orang dari pelbagai kewarganegaraan sebagai tebusan.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar hari ini, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu yang turut mengorbankan tiga nyawa anggota polis tempatan dan mencederakan lebih 30 yang lain.
"Malaysia juga melahirkan rasa simpati terhadap kerajaan dan rakyat Bangladesh dan berharap mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan," kata kenyataan itu lagi.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga akan terus memantau perkembangan peristiwa serangan itu.
#Bangladesh #daish #Dhaka #IS #tebusan
;