Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN tinjau lokasi, akan beri kenyataan insiden
Bernama
Mei 17, 2024 11:52 MYT
Mei 17, 2024 11:52 MYT
JOHOR BAHRU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain hari ini meninjau Balai Polis Ulu Tiram, di sini, yang terlibat dalam kejadian serangan awal pagi tadi.
Beliau yang tiba pada 11 pagi, diiringi Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar dan beberapa pegawai dari Bukit Aman, diberikan taklimat mengenai insiden itu.
Dalam kejadian 2.45 pagi itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis dan suspek yang berusia lingkungan 30-an, manakala seorang lagi anggota cedera.
Jenazah dua anggota dan suspek serta mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail di sini.
Bedah siasat sedang dijalankan. - BERNAMA
#Balai Polis Ulu Tiram diserang
#serangan Balai Polis Ulu Tiram
#dua anggota polis maut
#suspek serangan