KOTA KINABALU: Seramai 923 mangsa banjir daripada 301 keluarga ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah pagi ini, meningkat berbanding 801 mangsa daripada 248 keluarga malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan Tenom, sebuah daerah di pedalaman negeri, paling terjejas dengan 396 mangsa banjir daripada 125 keluarga dipindahkan di lima PPS di daerah itu.
Rumah Kebudayaan Makakagas menempatkan 117 mangsa daripada 32 keluarga; Rumah Kebudayaan Kalang Kanar (29 mangsa, tujuh keluarga); Rumah Kebudayaan Gunting (33 mangsa, tujuh keluarga); Rumah Kebudayaan Pagukon (200 mangsa, 73 keluarga); dan Kompleks Sukan Tenom (17 mangsa, enam keluarga).
"Trend semasa pemindahan mangsa dan bencana banjir di Sabah ketika ini adalah kekal, manakala cuaca baik di kebanyakan kawasan di Sabah pagi ini," kata kenyataan itu.
Sementara itu di Keningau, sebanyak 327 mangsa daripada 120 keluarga dipindahkan melibatkan PPS di Dewan Gereja Kampung Senangang (215 mangsa, 68 keluarga); dan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (112 mangsa, 52 keluarga).
Menurut kenyataan itu, di Sipitang seramai 129 mangsa banjir membabitkan 43 keluarga dipindahkan membabitkan PPS di Dewan Mini Mesapol (48 mangsa, 16 keluarga); dan Dewan Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Chung Hwa Mesapol (81 mangsa, 27 keluarga).
PPS di Dewan Kampung Airport Tun Fuad di Kunak menempatkan 62 mangsa daripada 12 keluarga manakala Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang menempatkan sembilan mangsa daripada satu keluarga.
Menurut ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, ribut petir di satu dua tempat terutama di kawasan pedalaman diramal berlaku pada sebelah petang dan malam di Sabah.
Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memaklumkan sebuah jambatan di Jalan Amboi Satu, Tenom mengalami kerosakan serius dan pihaknya mengambil tindakan untuk menutup jambatan itu kepada semua jenis kenderaan.
"Orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Tenom-Kuala Tomani, Jalan Amboi 2, dan Jalan Cinta Mata, orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa memastikan keselamatan diri apabila berdepan dengan air banjir yang melimpah ke jalan raya," menurut JKR.
Sementara itu, Jabatan Keretapi Negeri Sabah dalam kenyataan berasingan memaklumkan laluan Beaufort-Halogilat-Beaufort tidak beroperasi disebabkan banjir di kawasan Jimpangah KM98.6, dan perkhidmatan akan beroperasi semula sekiranya air mulai surut.
Menurutnya laluan Tenom-Halogilat-Tenom juga tidak beroperasi akibat kejadian tanah runtuh di KM130-137/7, dan kerja-kerja baik pulih sedang dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 02 2022
Jabatan Keretapi Negeri Sabah memaklumkan laluan Beaufort-Halogilat-Beaufort tidak beroperasi disebabkan banjir di kawasan Jimpangah KM98.6 dan perkhidmatan akan beroperasi semula sekiranya air mulai surut. - Facebook Jabatan Keretapi Negeri Sabah
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan
Keadaan banjir di Selangor dan Sabah pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di Perak dan Kelantan berkurangan malam ini.
Banjir di Sabah pulih sepenuhnya
Bencana banjir yang berlaku di daerah Beaufort sejak Jumaat lepas pulih sepenuhnya, dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah itu telah ditutup pada tengah hari tadi.
65 mangsa banjir dipindahkan di Paitan, Sabah
Seramai 65 orang daripada 16 keluarga di Paitan dipindahkan sehingga 8 malam ini akibat banjir yang melanda daerah itu pada lewat petang tadi.
Beberapa kawasan di Lumadan banjir, tiada PPS dibuka - Ruslan
Setakat ini tiada lagi PPS yang dibuka memandangkan air telah mula surut sekitar pukul 5 petang tadi.
Lelaki maut dihanyutkan arus deras bersama kenderaan
Seorang lelaki berumur 26 tahun ditemukan maut dalam kenderaannya hari ini selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di Jambatan Sungai Mamanjang 50 kilometer (km) dari sini.
Banjir Sabah: Semua PPS di Pitas ditutup
Penutupan melibatkan dua PPS terakhir iaitu Dewan Kampung Kusilad dan Dewan Kampung Sinukab.
Banjir: Seorang daripada 2 lelaki hilang ditemui maut
Seorang daripada dua lelaki yang dilaporkan hilang dalam bencana banjir pada Jumaat lepas di kawasan berasingan di Paitan, kira-kira 190 kilometer dari sini, ditemukan maut.
69 mangsa banjir di dua PPS Sabah
Sebanyak 39 kawasan di Kota Belud dan 10 kawasan di Sipitang masih terjejas akibat banjir.