Sepintas lalu "Bajet 2015 : Ekonomi keperluan rakyat"

Bernama
Oktober 10, 2014 17:26 MYT
Bajet 2015 bertemakan "BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT"
Berikut ialah sorotan Bajet 2015 bertemakan "BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT" yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, Jumaat.
* Bajet 2015 pelengkap kepada Rancangan Malaysia Ke-10;
* Rancangan Malaysia Ke-11 akan dilancarkan pada Mei 2015;
* Satu pendekatan baharu dikenali sebagai Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) sedang digariskan;
* Bajet 2016 akan menjadi pemula kepada pelonjak akhir memacu separuh dekad Malaysia dalam menuju status ekonomi maju berpendapatan tinggi menjelang 2020;
* Sejak 2009, sejumlah 196 projek daripada 12 NKEA dan 6 SRI telah dilaksanakan;
* Jumlah pelaburan mencecah RM219 bilion dan lebih 437,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi telah diwujudkan;
* Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 6.3 peratus, yang paling tinggi dalam kalangan negara ASEAN bagi tempoh separuh pertama 2014;
* FBM KLCI meningkat 114 peratus daripada 884.45 mata pada Januari 2009 kepada 1,892.65 mata pada Julai 2014;
* Permodalan pasaran juga meningkat 162 peratus daripada RM667.87 bilion kepada RM1,749.49 bilion pada 7 Okt, 2014;
* Pendapatan Negara Kasar Per kapita meningkat 50 peratus daripada US$6,700 kepada US$10,060 dalam tempoh lima tahun ini;
* Tahun ini Malaysia dijangka mencapai pertumbuhan ekonomi kukuh antara 5.5 peratus dan 6.0 peratus;
* Defisit fiskal dijangka juga terus turun kepada 3.5 peratus daripada KDNK pada 2014, 3.9 peratus pada 2013, 6.7 peratus pada 2009;
* Bagi 2015, pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh antara 5.0 peratus hingga 6.0 peratus;
* Defisit fiskal diunjur terus turun kepada 3 peratus daripada KDNK;
* FBM KLCI mencecah 1,892.65 mata pada Julai 2014, mencapai paras tertinggi dalam sejarah negara;
* FDI sebanyak RM38.7 bilion pada 2013 merupakan pelaburan terealisasi sebenar tertinggi sehingga kini;
* Bajet 2015 memperuntuk RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014;
* Perbelanjaan Mengurus RM223.4 bilion, Perbelanjaan Pembangunan RM50.5 bilion;
* Pada 2015, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan RM235.2 bilion, peningkatan RM10.2 bilion berbanding 2014;
* Hasil kutipan daripada CBP pada 2015 dianggarkan RM23.2 bilion;
* Kerajaan mengecualikan beberapa barangan daripada CBP berjumlah RM3.8 bilion;
* Pemansuhan SST akan menyaksikan kehilangan hasil RM13.8 bilion;
* Kerajaan akan mempunyai baki hasil berjumlah RM5.6 bilion selepas ditolak RM3.8 bilion dan RM13.8 bilion;
* Daripada jumlah tersebut, RM4.9 bilion disalurkan kembali kepada rakyat melalui pakej-pakej bantuan seperti BR1M;
* Akhirnya, hasil bersih kutipan CBP hanya berjumlah RM690 juta;
##Bajet2015 #Ekonomi keperluan rakyat #Kementerian Kewangan #Laporan Ekonomi 2014/2015
;