'Seperti mana kehidupannya, pemergiannya juga penuh bermaruah' - Isteri Khoo Kay Kim
Astro Awani
Mei 28, 2019 12:50 MYT
Mei 28, 2019 12:50 MYT
PEMERGIAN sejarawan dan ahli akademik, Tan Sri Khoo Kay Kim akibat masalah paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di ibu negara pada pagi Selasa amat dirasai oleh keluarga, saudara-mara dan rakan taulan.
Berikut adalah mesej ringkas dari isteri mendiang, Puan Sri Rathi Khoo dan anak beliau, Eddin:
“Adalah dengan kesedihan yang teramat sangat, kami ini memaklumkan pemergian suami dan ayah tersayang, Professor Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim selepas mengalami masalah kesihatan. Pemergian mendiang, seperti mana sepanjang kehidupannya, penuh bermaruah. Maklumat berhubung upacara penghormatan terakhir dan pengebumian mendiang akan diumumkan tidak lama lagi. Kami menghargai doa kalian di waktu kesedihan ini. Semoga mendiang bersemadi dalam keadaan tenteram." - Puan Sri Rathi Khoo, Eddin, Rubin dan Mavin.
It is with the deepest sadness that we inform of the passing of our much loved husband and father Emeritus Professor Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim following a brief illness. He passed, as he had always lived, with the greatest dignity. Details of wake and funeral to be announced shortly. We appreciate your prayers at this sad time. May he ever rest in peace- Puan Sri Rathi Khoo, Eddin, Rubin and Mavin.
#Eddin Khoo
#masalah paru-paru
#Mavin Khoo
#meninggal dunia
#PPUM
#pusat perubatan universiti malaya
#Rathi Khoo
#Rubin Khoo