Seorang pelajar sekolah maut akibat denggi sejak Jan

Bernama
Mac 5, 2014 07:31 MYT
Sebanyak 3,571 kes demam denggi membabitkan pelajar sekolah dilaporkan sejak Januari hingga 2 Mac lepas, dengan satu kes kematian.
Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata kes kematian itu melibatkan pelajar sekolah rendah di Wilayah Persekutuan.
"Jumlah keseluruhan kes denggi di seluruh negara ialah 18,165 kes. Sebanyak 1,515 kes (8.3 peratus) daripada 3,571 kes melibatkan pelajar sekolah rendah dan 2,056 kes (11.3 peratus) melibatkan pelajar sekolah menengah," menurut kenyataan itu.
Jumlah kes denggi tertinggi melibatkan pelajar sekolah berlaku di Selangor dengan 2,014 kes dan diikuti Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan 329 kes.
##Cukupsetakatsamson #cukup setakat samson #denggi #penyakit
;