Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh

Abd Razak Mohd Ali
April 29, 2024 11:48 MYT
Mangsa yang memandu kereta jenis Honda City disahkan meninggal dunia dilokasi oleh pihak perubatan manakala pemandu sebuah lagi kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. - Gambar ihsan JBPM Perak
IPOH: Seorang maut dalam nahas dua buah kereta di Jalan Datuk Seri Ahmad Said, di sini, pagi ini
Mangsa yang memandu kereta jenis Honda City disahkan meninggal dunia dilokasi oleh pihak perubatan manakala pemandu sebuah lagi kereta tidak mengalami sebarang kecederaan
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 8.15 pagi.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
“Komander operasi membuat ‘size up’ dan membantu pihak perubatan, seterusnya mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini.
Operasi yang dketuai Pegawai Bomba Kanan I Mohamad Mahir Mat Saad tamat jam 8.45 pagi.
#kemalangan #seorang maut #nahas dua kereta #Jalan Datuk Seri Ahmad Said
;