Seorang maut kejadian tanah runtuh di Kuching
Astro Awani
Julai 16, 2021 06:41 MYT
Julai 16, 2021 06:41 MYT
KUCHING: Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Kota Sentosa - Bau di sini, awal pagi ini.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, Mohd Asnan Led, pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam 12.39 tengah malam.
Sebuah jentera dan ambulans EMRS dengan kekuatan 11 anggota segera diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Lintang.
"Setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebuah kenderaan jenis van terperangkap di dalam tanah runtuh di tepi jalan utama, dengan seorang mangsa terperangkap di dalamnya.
"Pasukan bomba mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan mangsa, berikutan struktur tanah yang tidak stabil dan masih berlaku runtuhan kecil, menyebabkan mereka terpaksa lebih berhati-hati," katanya.
Mangsa berjaya dikeluarkan sekitar jam 1.59 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Umum Sarawak.
Mayat mangsa yang identitinya disahkan sebagai Chai Kian Fah, 63 tahun, diserahkan kepada pihak polis untuk prosedur selanjutnya.
Ini merupakan kejadian pertama seumpamanya berlaku di lokaliti berkenaan.
#bomba
#tanah runtuh
#Kuching
#van
#struktur tanah tidak stabil
#terperangkap
#runtuhan kecil
#Balai Bomba dan Penyelamat
#Batu Lintang
#Mohd Asnan Led