Seorang maut, 10 cedera, van terbabas langgar pokok
Afiezy Azaman
November 1, 2019 12:06 MYT
November 1, 2019 12:06 MYT
Seorang pemandu van warga asing maut selepas terlibat dalam kemalangan di Putrajaya awal pagi ini.
Kejadian turut menyebabkan tujuh lagi penumpang van tersebut mengalami kecederaan ringan manakala tiga lagi parah.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan pada 6.25 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
“Kemalangan melibatkan van jenis Toyota Haice yang dipandu seorang lelaki bersama 10 penumpang, yang juga warga asing.
“Difahamkan, van berkenaan terbabas melanggar sebatang pokok sebelum terbalik di tepi longkang, membuatkan 10 penumpang terperangkap,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, pemandu van maut di tempat kejadian.
"Kesemua identiti mangsa masih belum dapat disahkan.
“Mayat dan mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat serta mendapatkan rawatan,” jelasnya.
#hospital putrajaya
#JBPM
#longkang
#mayat
#pemandu van
#pokok
#Putrajaya
#Selangor
#Toyota Haice
#warga asing