Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita selepas disyaki terlibat menyamun sebuah hotel bajet di Nusa Bestari, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata lelaki berumur 28 tahun manakala wanita berumur 20 tahun itu ditahan pada kira-kira 10 malam semalam di sebuah pusat hiburan di Bandar Seri Alam, Masai, di sini.
"Terdahulu, polis menerima laporan kes samun di hotel tersebut pada 3.50 petang semalam daripada seorang wanita berumur 63 tahun yang merupakan juruwang hotel terbabit.
Wanita (juruwang) berkenaan memaklumkan dia didatangi pelanggan hotel pada kira-kira 3 petang semalam, terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita yang hendak mendaftar keluar hotel," katanya menerusi kenyataan malam ini.
Noor Hashim berkata juruwang berkenaan memaklumkan dia tiba-tiba diacu sebilah pisau di dada selain diminta mendiamkan diri.
Beliau berkata suspek kemudian menyelongkar kawasan kaunter, mengambil buku daftar masuk pelanggan serta memotong kabel kamera litar tertutup (cctv) lalu terus melarikan diri.
Katanya siasatan terhadap lelaki dan wanita yang ditahan itu mendapati mereka negatif dadah, namun, lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah berkaitan curi kenderaan.
"Modus operandi kes ini adalah suspek berpura-pura sebagai pelanggan hotel dan melakukan jenayah samun ketika tiada pelanggan," katanya dan menambah lelaki dan wanita itu direman sehingga 6 Nov ini bagi siasatan mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan.
--BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2017
Noor Hashim berkata siasatan terhadap lelaki dan wanita yang ditahan itu mendapati mereka negatif dadah, namun, lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah berkaitan curi kenderaan. - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Lelaki didakwa ambil dadah, curi kenderaan, langgar mati warga emas
Lee Han Chai, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Polis siasat kes curi kereta, culik pelajar di Ranau
Beberapa video tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta dihalang sebuah kenderaan polis dan juga orang awam, sebelum anggota polis itu bertindak menahan suspek yang berada dalam kereta tersebut
Lelaki cedera ditembak ditahan untuk siasatan curi kenderaan
Seorang lelaki tempatan yang cedera dipercayai akibat terkena dua das tembakan ketika cuba melarikan diri menggunakan kenderaan yang dicuri, telah ditahan polis di Hospital Bentong, semalam.
Kes curi kenderaan di Petaling Jaya meningkat sebanyak 20.7 peratus
Sebanyak 82 kes kehilangan kenderaan dicatatkan bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini berbanding 65 kes tempoh yang sama tahun lepas.
Empat ditahan disyaki curi kenderaan, menyamar penjawat awam
Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan dalam beberapa siri tangkapan pada Ahad lepas dan awal pagi ini, disyaki terlibat kes curi kenderaan dan menyamar sebagai penjawat awam.
Tujuh ditahan kes curi kenderaan, pecah rumah
Tangkapan suspek berusia di antara 26 dan 58 tahun itu dilakukan dalam serbuan di Kampung Machang Limbat dan Kampung Berhala Lima, Pasir Tumboh.
Pura-pura pandu uji sebelum larikan pacuan empat roda
Tidak sampai tiga jam selepas melarikan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux dari sebuah kedai menjual kenderaan terpakai di Jalan Langgar, di sini, seorang lelaki berjaya ditahan polis, pada Rabu.
Remaja 13 tahun antara 18 ditahan disyaki curi kenderaan
Polis menahan 18 individu termasuk seorang remaja berusia 13 tahun disyaki terlibat dengan kes curi kenderaan di sekitar bandar raya Kuching.
Pemandu Myvi cetus provokasi ditahan semula berhubung kes curi kenderaan
Pemandu kereta Perodua Myvi yang ditahan kerana melakukan provokasi serta menghalang pemandu lain di jalan raya Isnin lepas ditahan semula berhubung kes mencuri kenderaan.
26 kenderaan mewah diklon, polis tahan sembilan lelaki - Ketua Polis KL
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, nilai kenderaan mewah yang dirampas semula mencecah RM3 juta.