KUALA LUMPUR: Seorang lelaki meninggal dunia manakala 11 lagi individu selamat dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan Dato Haji Yusof Off Jalan Ipoh, di sini, petang tadi.
Bagaimanapun, identiti lengkap mangsa yang merupakan warga tempatan belum diketahui.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.30 petang seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian dengan kekuatan lebih 40 anggota dari tujuh balai bomba.
Katanya, siasatan awal mendapati kebakaran bermula di sebuah bilik di tingkat satu rumah kedai empat tingkat berkenaan.
Jurucakap itu memaklumkan sembilan mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur menggunakan jentera EMRS manakala tiga lagi mangsa menolak untuk dihantar ke hospital.
"Api dapat dikawal pada kira-kira 6 petang dan padam sepenuhnya 6.55 petang manakala punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 12 2022
Identiti lengkap mangsa yang merupakan warga tempatan belum diketahui. - Bomba KL
Pesta demokrasi Indonesia kembali
Perunding Politik, Trias Politika Strategis, Agung Baskoro berkonghsi pandangan dan analisis mengenai Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) Indonesia.
“Lantik duta Rakan Muda disetiap kawasan Parlimen” - Syahredzan
Ahli Parlimen Bangi mencadangkang melantik duta Rakan Muda bagi mengadakan program dalam kawasan parlimen tersebut. “Yang terbaik untuk anak muda adalah anak muda sendiri”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Claude AI kini boleh tiru gaya penulisan pengguna
Claude sedia menawarkan 4 gaya berbeza iaitu Normal, Concise, Explanatory dan Formal.
“Mengangkat Kembali falsafah Rakan Muda” - Chiew Choon Man
Ahli Parlimen Miri mencadangkan mengangkat kembali Program Rakan Muda sebagai satu gerakan anak muda diperingkat kebangsaan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Lelaki dipukul gara-gara tegur bunyi ekzos kereta bising
Polis menahan seorang lelaki dipercayai memukul individu yang menegurnya akibat bunyi bising ekzos kereta pada Selasa.
[TERKINI] Najib, Irwan lepas tanpa bebas kes pecah amanah RM6.6 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu melepas tanpa membebaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Ia susulan enam pertuduhan pecah amanah didakwa ke atas kedua mereka melibatkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 billion.
Ia susulan enam pertuduhan pecah amanah didakwa ke atas kedua mereka melibatkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 billion.
Pesara kerajaan Sabah terima bonus RM1,000
Pesara kerajaan negeri Sabah akan menerima bonus sebanyak RM1,000 dan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
“Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara” - YB Jeli
Ahli Parlimen Jeli mencadangkan Kementerian bersama persatuan sukan terutama FAM mengadakan semula liga bola sepak rakyat bagi mencungkil bakat terpendam dikawasan pendalaman.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Xiaomi dilapor akan lancar cip 3nm sendiri pada tahun 2025
Kerana ia merupakan cip 3nm, besar kemungkinan cip ini akan digunakan pada peranti mercu seperti siri Xiaomi 16 kelak.
AWANI Ringkas: Lima pegawai kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran di Jalan Ipoh, 13 keluarga hilang tempat tinggal
13 buah keluarga kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka di Kampung Kovil Hilir, Jalan Ipoh hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran petang Jumaat.