Seorang lagi penceroboh ditembak mati
Astro Awani
Mac 11, 2013 12:29 MYT
Mac 11, 2013 12:29 MYT
Seorang lagi penceroboh berjaya dibunuh semalam menjadikan jumlah penceroboh yang terbunuh seramai 54 orang sejak pertembungan pertama pada 1 Mac.
Menurut Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Hamza Taib dalam satu sidang media pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia juga menerima 22 mayat lelaki bersenjata dari tiga kawasan operasi di Semporna dan Felda Sahabat.
Empat mayat dibawa keluar dari perkampungan atas air Simunul di Semporna, 16 mayat telah dijumpai di Tanjung Batu manakala dua yang lain di Kampung Tanduo.
Hamza berkata kesemua mayat dibawa ke Tawau dan Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat.