Seorang lagi Datuk Seri diburu polis

T K Letchumy Tamboo
April 3, 2013 19:00 MYT
Seorang lagi ‘Datuk Seri’ kini sedang diburu oleh pihak polis untuk membantu siasatan berhubung kes pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang berkata, lelaki yang berusia 53 tahun itu dikenali sebagai Clarence Luing Karl @ Mohamad Khalil John L Karl.
“Dia ialah seorang warganegara Malaysia. Dia boleh menyerahkan dirinya dib alai polis yang berhampiran untuk membantu siasatan.
“Jika sesiapa ada maklumat mengenai orang ini, mereka juga boleh melaporkankannya ke balai polis yang berhampiran,” kata beliau semasa satu sidang media di Felda Sahabat hari ini.
Tan berkata pekerjaan lelaki itu masih sedang disiasat.
Pada 31 Mac, pihak polis telah mengumumkan bahawa mereka mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri Ridzwan Sulaiman unuk membantu penyiasatan kejadian pencerobohan itu.
Pada hari berikutnya, lelaki itu menyerahkan dirinya di Balai Polis daerah Ampang Jaya.
#Datuk Seri #Lahad Datu #Ops Daulat #Sabah #Sulu
;